Thursday, July 16, 2015

Pemimpin Melayu menjadi orang yang tidak dihendaki oleh komuniti mereka

oleh Christopher Fernandez

SEKILAS PANDANG: Minggu ini orang Islam di seluruh negara akan meraikan Hari Raya Aidilfitri, tetapi untuk orang Melayu Islam, rentetan kejadian terbaru membuktikan yang mereka kini mempunyai tanggapan buruk kepada pemimpin komuniti yang dianggap sebagai orang yang disyaki dan dihendaki.

Mungkin disebabkan oleh kekecohan 1MDB terbongkar akhirnya membuka mata dan telinga orang Melayu serta menyedarkan mereka bahawa tiada jaminan yang pemimpin mereka akan menjaga kepentingan orang Melayu. Mungkin ini juga yang menyebabkan hilangnya kepercayaan.
Kini orang Melayu sedang berganding bahu menentang Perdana Menteri Najib Razak dan pemimpin Melayu yang lain, kerana rupa-rupanya “harapkan pagar, pagar makan padi”

Tetapi semuanya sudah tertulis sejak Dr Mahathir Mohamad memegang jawatan dan dalam usaha membangunkan negara, gagal melakukan pengagihan kekayaan saksama yang dijana oleh pertumbuhan ekonomi sebaliknya mewujudkan elit minoriti.

Ketika kelompok minoriti elit ini merampas sebahagian besar kekayaan negara untuk diri sendiri, rakyat Malaysia, terutama sekali orang Melayu, menyedari yang mereka telah tertindas dan dinafikan hak untuk kemakmuran ekonomi, walaupun memberikan sokongan kuat kepada kerajaan BN.

Kerana inilah kebanyakan penganalisis dan pemerhati politik berpendapat yang sekiranya pilihanraya umum diadakan sekarang, ada kemungkinan besar kerajaan hari ini akan kehilangan kuasa yang telah dipegang secara eksklusif sejak kemerdekaan dari British pada 1957.

Nyata sekali orang Melayu sangat marah dan kecewa dengan pelbagai rentetan kejadian yang telah berlaku sejak terbongkarnya cerita 1MDB dan sentimen pada peringkat akar umbi ialah kemungkinan besar orang Melayu akan meluahkan kemarahan dan kekecewaan mereka selepas perayaan Hari Raya.
Rakyat Malaysia yang lain juga berkongsi pandangan ini, setelah dipaksa berkorban demi melaksanakan program tindakan afirmatif tetapi kini menyedari semuanya hanya sia-sia kerana hanya sebahagian kecil orang Melayu dan Bumiputera yang mendapat faedah daripada tindakan-tindakan tersebut.

Kerana ini lah orang Melayu diharapkan dapat membentuk jalan hidup mereka sendiri dan tidak lagi bergantung atau percaya kepada kerajaan BN untuk sokongan atau bantuan.

Malah mereka mungkin cuba membentuk ikatan dengan parti politik pembangkang.

Apa yang diharapkan dan dijangka akan berlaku selepas perayaan Hari Raya tahun ini ialah kemunculan kumpulan serpihan terbaru dan parti politik yang cuba membentuk ikatan sesama mereka yang akan menjadi arena baru yang melibatkan serta disokong orang Melayu.

Semua ini pastinya akan menggugat BN tambahan pula sokongan orang Melayu kepada mereka semakin terhakis, seperti mana majoriti orang Cina dan India, yang merasakan masa kerajaan gabungan yang sedang memerintah sudah tamat.

- See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkini/Pemimpin-Melayu-menjadi-orang-yang-tidak-dihendaki-oleh-komuniti-mereka#sthash.qZARSfLq.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-