Monday, July 20, 2015

Pemuda Umno hunus keris 10 tahun lalu permulaan kejatuhan BN, kata DAP

Tindakan Datuk Seri Hishammuddin Hussein hunus keris pada perhimpunan agung Umno 10 tahun lalu permulaan kejatuhan Barisan Nasional, kata DAP. – Gambar fail The Malaysian Insider.

Tindakan menghunus keris oleh Datuk Seri Hishammuddin Hussein 10 tahun lalu, pada perhimpunan agung sayap itu, menjadi permulaan kepada kejatuhan Barisan Nasional (BN), ekoran parti komponen utama itu kini mengamalkan politik haluan kanan, kata DAP.

Pengarah pendidikan politik kebangsaannya, Liew Chin Tong menggelar tindakan itu "mencetus kontroversi" dan menganggapnya sebagai simbol yang menunjukkan parti Melayu itu kini berhaluan kanan.

Ia turut mengundang kejatuhan BN, apabila Umno pada tahun itu meluluskan resolusi berhubung agenda Melayu dan memperkenalkan semula dasar tindakan afirmatif untuk Bumiputera di bawah Dasar Ekonomi Baru.
Tindakan bekas ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein menghunus keris ketika berucap pada perhimpunan sayap itu mencetuskan kontroversi dalam negara. – Gambar Wikipedia, 20 Julai, 2015.Hishammuddin, ketua Pemuda Umno ketika itu, menghunus keris pada 20 Julai, 2005 semasa berucap di perhimpunan sayap itu.

Tindakan itu diperkenalkan ketika itu sebagai melambangkan simbol tradisi Melayu.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemuda-umno-hunus-keris-10-tahun-lalu-permulaan-kejatuhan-bn-kata-dap#sthash.z64mS3Bp.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-