KOMEN: Secara kebetulan ataupun takdir, isteri dua orang perdana menteri Malaysia telah memenuhi dada akhbar dua hari kebelakangan ini.
Yang seorang sentiasa dilihat menyokong suaminya; sementara yang seorang lagi kelihatan seperti beliau memerlukan sokongan suaminya.
Beliau sentiasa berada di sisi suaminya; sementara yang kemudian itu pula ada ketika kelihatan menolak suaminya ke tepi.
Beliau sangat dikenali dengan caranya yang dermawan; sementara yang seorang lagi sering dituduh boros, dengan begitu menggemari permata.
Rakyat sering melihat beliau sebagai tokoh keibuan yang juga seorang yang berjaya dalam caranya sendiri; sementara mereka sering mendakwa beliau ini adalah karakter yang sebaliknya.
Anda tidak perlu menjadi genius untuk meneka siapa adalah siapa.
Ketika suami mereka sedang berperang dengan kata-kata, Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Rosmah Mansor secara tidak langsung telah terheret ke dalam sorotan lampu, untuk sebab-sebab yang tertentu.
Malaysiakini telah menemuramah Siti Hasmah bersempena dengan hari jadi yang ke-90 bekas perdana menteri Dr Mahathir pada 10 Julai.
Dalam bahagian pertama yang diterbitkan pada 9 Julai, Siti Hasmah telah dipetik sebagai berkata: “Sebagai isteri perdana menteri, jangan bandingkan (diri anda dengan orang lain). Secara amnya, anda perlu menyokong suami anda, anda perlu berpengetahuan, anda perlu tahu apa yang berlaku di sekeliling anda dan perlu memastikan bahawa anda tetap bersama suami anda untuk bertemu dengan rakyat.”
“Rakyat mahu tahu yang inilah isteri PM dan mereka bersama, mereka berorientasikan keluarga. Maka anda perlu menyokong suami anda, pastinya. Tetapi jangan bersaing dengannya,” kata beliau.
Siti Hasmah turut menegaskan kemudian bahawa beliau tidak akan bercakap mengenai politik, pendirian yang dipegangnya selama 22 tahun suaminya sebagai perdana menteri, dan sehingga hari ini ketika beliau dituduh sebagai dalang plot yang didakwa untuk menjatuhkan Najib.
Kenyataan beliau mengikuti apa yang mereka berdua tegaskan terdapat tangan ghaib yang merancang “sabotaj politik” dan memfitnah beliau melalui dakwaan yang dilaporkan bernilai bilion ringgit yang disalurkan ke dalam akaun peribadinya untuk kegunaan peribadi.
Najib juga telah berulang-kali menegaskan bahawa beliau tidak pernah mengambil sebarang dana daripada 1MDB untuk kegunaan peribadi, mengisytiharkan ‘kebenaran’ akan terserlah tentang dakwaan fitnah tersebut.
Tetapi itulah roda kehidupan. Kadangkala anda di atas dan kadangkala anda di bawah.
Hanya beberapa hari selepas mempertahankan suaminya, Rosmah sekarang mestilah secara peribadi berhadapan dengan tuduhan bahawa RM2 juta telah didepositkan ke dalam akaun yang kononnya dimiliki beliau.
Laman sesawang pemberi maklumat Sarawak Report pada 9 Julai telah mencetuskan sensai, memetik dokumen yang didakwa mempunyai kaitan dengan dengan soal siasat terhadap jentera pelaburan 1MDB dan berdasarkan maklumat yang diterima berhubung sebuah akaun dengan Affin Bank Berhad.
Sementara akan yang didakwa milik Najib telah pun ditutup, Sarawak Report mengesahkan bahawa akaun Affin Bank di bawah nama Rosmah masih lagi wujud, dengan beberapa pembacanya telah berjaya memindahkan RM1 kepada nombor akaun yang disenaraikan dalam dokumen itu.
Sarawak Report turut memetik penyiasat yang sepatutnya mengenalpasti orang yang telah mendepositkan wang sebagai Roslan Sohari, seorang lelaki yang rekod am menggambarkan beliau masih lagi mempunyai hubungan rapat dengan kedua-dua Rosmah dan Najib, walaupun dilaporkan telah menafikannya.
Dengan Siti Hasmah menyiapkan diri untuk menyambut hari jadi beliau yang ke-89 pada 12 Julai, beliau kekal sebagai contoh seorang isteri ahli politik.
Seoraang wanita yang disegani tetapi tidak pernah dilihat mempengaruhi suaminya.
Seorang penyokong setia tetapi tidah pernah terpanggil untuk mempertahankan suaminya.
Dan mungkin, perkara paling penting, beliau telah terbukti mempunyai kebijaksanaan untuk tidak dilihat membuat apa-apa perkara yang boleh digunakan menentang suaminya sendiri, seperti Najib, juga mempunyai bahagian kemelut kewangan ketika waktu beliau sebagai ketua eksekutif negara.
- See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkini/Sesuatu-yang-perlu-direnungkan-oleh-semua-daripada-kisah-dua-orang-isteri-ini#sthash.QBtlwndD.dpuf
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.