Sunday, July 26, 2015

Takut punya pasal, semua dah jadi kawan....... UMNO pun dah jadi kawan juga...?

PKR enggan ambil pendirian terhadap GHB, tegas berkawan dengan semua

‎OLEH LOOI SUE-CHERN
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, PKR kekal berkawan dengan sesiapa sahaja termasuk dengan musuhnya‎, Umno. – Gambar fail The Malaysian Insider.

Pemimpin PKR hari ini menganggap mana-mana parti yang sama berjuang untuk menyelamatkan negara adalah rakannya, walaupun PAS memberi kata dua memutuskan hubungan jika parti itu menyokong Gerakan Harapan Baru (GHB).

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, PKR kekal berkawan dengan sesiapa sahaja termasuk dengan musuhnya‎, Umno.

"Kita semua berkawan. Kita terbuka dengan perjuangan yang sama.

"Kita berkawan kerana kerangka dasar yang sama dikongsi dengan sesiapa sahaja yang berfikiran sama, ‎termasuk rakyat yang peduli tentamg krisis nasional yang menjejaskan negara.

"Sesiapa sahaja yang mempunyai pandangan sama, kami alu-alukan mereka bersama kami berjuang mencari jalan penyelesaian kepada masalah ekonomi dan politik yang kita hadapi," katanya kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat tertutup dengan ahli PKR di Seberang Jaya.

Dr Wan Azizah ditanya mengenai pendiriannya tentang GHB apabila ‎Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din mengugut untuk memutuskan hubungan jika memilih DAP selepas Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini mengeluarkan kenyataan satu pakatan pembangkang baru bakal terbentuk.

"Dengan keputusan itu maka akan terputuslah hubungan antara kedua-dua parti dan masing-masing bakal meneroka jalan sendiri selepas terbubarnya pakatan pembangkang.

“Kalau mereka hendak me­nu­buhkan parti baharu, saya ucapkan selamat maju jaya,” katanya dipetik laporan akhbar mingguan Utusan Malaysia.‎

Mengulas mengenainya, Dr Wan Azizah berkata: "Itu akhbar Utusan. Jadi saya kena semak," katanya.

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali ketika mengulas berkata, ‎pendirian parti jelas dengan kenyataan Anwar dan Dr Wan Azizah.

Katanya, PKR melihat keperluan untuk rakyat Malaysia termasuk parti politik dan masyarakat awam bersatu mencari penyelesaian menangani krisis negara.

Katanya, itu juga merupakan mesej presiden kepada ahlinya dalam pertemuan di Seberang Jaya.

"Di waktu krisis ini kita harus ketepikan perbezaan. Krisis sebegini tidak pernah berlaku...krisis kepimpinan, ekonomi.

"Negara pasti jatuh jika tiada kekuatan untuk menyelamatkannya. Itu keutamaan semua parti politik yang komited tentang agenda perubahan, dan rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan kebenaran," katanya.

Menteri besar Selangor itu berkata, keutamaan sekarang adalah menyelamatkan Malaysia dan itu merupakan hala tuju PKR.

"Itu merupakan pendirian PKR jadi kita akan lebih inklusif dalam memberi khidmat kepada rakyat dan memastikan harmoni dan kesejahteraan. Kami sudah buat pendirian jelas.

"Kami sudah mendengar pandangan rakan DAP dan PAS serta berdamping dengan rakyat. Tetapi situasinya berbeza sekarang kerana krisis ini terlalu besar dan mungkin ada sesuatu berlaku dalam tempoh terdekat.

"Sebagai parti politik kami mesti bersedia menyediakan kepimpinan untuk rakyat dan negara. PKR perlu memainkan peranan penting bagi memastikan rakyat bersatu mendesak supaya negara ini diselamatkan," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-