Pemilik tanah Kampung Mutiara diminta bincang dengan kerajaan DAP Pulau Pinang
GEORGE TOWN, Isnin – Penduduk Kampung Mutiara, Batu Feringghi yang diarah berpindah, hari ini diminta berbincang dengan kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP untuk menyelesaikan isu pampasan.
Sejumlah 200 penduduk di lebih 90 unit rumah di kampung itu sebelum ini diarah berpindah dalam masa terdekat tanpa diberi pampasan atau rumah lain sebagai ganti.
Anggota Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari berkata keputusan itu dibuat hasil perbincangan antara beliau selaku wakil rakyat kawasan itu dengan pihak kerajaan negeri selepas usaha penduduk untuk bertemu dengan pemilik tanah berkenaan gagal.
“Kemelut Kampung Mutiara telah bermula pada tahun 2007 apabila pemilik baharu membeli hartanah di Lot 39 dan 40 di situ, seluas 1.4 hektar.
“Pemilik tanah berkenaan telah memulakan tindakan mahkamah untuk mengusir penduduk kampung yang menetap di kawasan itu sejak 50 tahun lepas tanpa sebarang pampasan,” katanya pada sidang media di kampung itu di sini hari ini.
Akhbar sebelum ini melaporkan perkampungan Melayu, Kampung Mutiara yang terletak berhampiran lokasi pelancongan popular di Pulau Pinang dan wujud sejak 1950-an itu bakal lenyap selepas lebih 200 penduduknya diarah mengosongkan kediaman masing-masing.
Zairil berkata penduduk kini berhadapan dengan tindakan pengusiran berikutan penghakiman mahkamah yang memerintah penduduk mengosongkan rumah pada 9 Julai lepas, bagaimanapun peguam yang mewakili penduduk berjaya mendapat perintah lanjutan bagi memohon rayuan berhubung kes itu.
“Saya selaku wakil rakyat kawasan itu telah mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri serta Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan mereka bersetuju untuk menolak sebarang projek pembangunan di atas Lot 39 dan 40 Kampung Mutiara selagi pampasan yang adil dan setimpal tidak diberi kepada semua penduduk,” katanya.
Sementara itu, wakil penduduk Rosman Zainal, 54, berkata penduduk bukan menolak pembangunan sebaliknya mahukan pampasan setimpal untuk berpindah dari perkampungan itu.
“Sekurang-kuranganya berilah pampasan rumah di kawasan batu Feringghi supaya kami dapat berpindah dari perkampungan ini, lagipun kebanyakan penduduk di sini bekerja sebagai nelayan,” katanya. – BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Wak hairan, kenape pemimpin2 Pakatan Rakyat tidak pernah menyedari mengape sebab2 nye parti itu tewas pade PRU13 yang lepas. Sebenar nye ...
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
MALAYSIADATELINE May 22, 2019 12:27 pm Hampir 120,000 individu mendesak agar Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggantikan Ment...
-
News | Diterbitkan Hari ini 3:38 petang Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkongsi pertemuan mesra dengan Pengerusi Majlis Penasihat Keraj...
-
agendaily.com 07/11/2022 Manifesto Barisan Nasional tidak menyatakan usaha memerangi rasuah dan penyelewengan serta pelantikan tiga Timbalan...
-
TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli diiringi oleh Polis ke Mahkamah Seksyen, Kuala Lumpur di bawah Ak...
-
News | Diterbitkan 13 Jul 2019, 11:58 malam Ketua Polis Negara Abdyul Hamid Bador memaklumkan pasukan itu telah menahan beberapa indiv...
-
News | Diterbitkan Hari ini 5:46 petang Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad melabelkan badan pertubuhan pendidikan Cina, Dong Zong seb...
-
Patutlah Sheikh Nuruddin Al Banjari Di Gam JAKIM.. Ini Sebabnya Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA) melahirkan rasa dukacita t...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.