FMT Reporters | September 27, 2015
Beliau menerima 'Anugerah ICT dalam Pembangunan Mampan' bersama-sama Perdana Menteri Bahrain, Bangladesh, Fiji, Thailand, Presiden Gabon, Kenya, Vanuatu dan Rwanda.
PETALING JAYA : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerima anugerah berprestij “Anugerah ICT dalam Pembangunan Mampan” atas usahanya memperkembangkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi pembangunan lestari.
Anugerah itu disampaikan pada jamuan malam gala sempena ulang tahun ke-150 Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) yang diadakan di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, lapor Berita Harian.
Najib adalah salah seorang penerima anugerah itu yang disampaikan oleh Setiausaha Agung ITU, Haolin Zhao.
Turut menerima anugerah sama ialah Perdana Menteri Bahrain, Bangladesh, Fiji, Thailand, Presiden Gabon, Kenya, Vanuatu dan Rwanda.
Dalam ucapan penerimaannya, Perdana Menteri berkata anugerah berprestij itu mengiktiraf usaha berterusan Malaysia memperkembangkan ICT untuk pembangunan mapan dan bangga kerana usaha itu dihargai masyarakat antarabangsa.
“Ketika mengejar ke arah mencapai status negara maju menjelang tahun 2020, Malaysia juga mengalakkan perluasaan penggunaan teknologi ICT untuk faedah sosioekonomi di kalangan masyarakat sasar di Malaysia.
“Usaha juga dibuat untuk melengkapkan pelajar sekolah dengan kemahiran digital lanjutan dan pemikiran berasaskan komputer, yang sudah menjadi prasyarat memperoleh kerja bergaji tinggi terutama di kalangan tenaga pekerja generasi muda,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
Wak hairan, kenape pemimpin2 Pakatan Rakyat tidak pernah menyedari mengape sebab2 nye parti itu tewas pade PRU13 yang lepas. Sebenar nye ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Mungkin ade yang hairan kenape Wak tibe2 tertumpu ke Gelang Patah Johor. Sebab nye Wak bertumpu ke Gelang Patah kerane di sini boleh lah ...
-
News | Diterbitkan 13 Jul 2019, 11:58 malam Ketua Polis Negara Abdyul Hamid Bador memaklumkan pasukan itu telah menahan beberapa indiv...
-
Patutlah Sheikh Nuruddin Al Banjari Di Gam JAKIM.. Ini Sebabnya Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA) melahirkan rasa dukacita t...
-
Hidir Reduan dan Anne Muhammad Diterbitkan Hari ini 8:58 pagi Hari ketiga perbicaraan ke atas bekas perdana menteri Najib Razak dijadua...
-
Rusuhan di Singapura [gambar2] Ini kali pertama Singapura dilanda rusuhan selepas lebih 40 tahun... Kali terakhir adalah pada Mei 1969...
-
agendaily.com 07/11/2022 Manifesto Barisan Nasional tidak menyatakan usaha memerangi rasuah dan penyelewengan serta pelantikan tiga Timbalan...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.