KUALA LUMPUR, 22 September:
Pas memilih untuk tidak hadir ke meja bulat pembangkang walaupun menghargai jemputan yang dibuat Presiden PRK, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden, Azmin Ali.
Timbalan Presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ketidakhadiran itu bagi parti itu menumpukan sepenuh tenaga menguatkan jentera parti dari segala sudut sebagai persiapan menghadapi Umno-BN di PRU14.
Malah katanya, perjumpaan antara Pas dan PKR akan diadakan dari semasa ke semasa dan sentiasa menilai apa jua isu antara kedua parti sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Presiden Pas.
“Ini adalah pendirian Pas pada waktu ini iaitu PKR masih adalah rakan tahaluf Pas di dalam Pakatan Rakyat sebagaimana yang telah ditegaskan dalam Muktamar.
“Tiada kerjasama antara Pas dengan DAP mahupun Amanah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, ujarnya, Pas terus bersama pembangkang dalam isu yang melibatkan kepentingan rakyat dan menentang salahguna kuasa, rasuah dan penyelewengan dana awam terutamanya isu 1MDB kerajaan Umno-BN.
Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/09/22/pas-tidak-hadir-ke-meja-bulat-pembangkang/#ixzz3mQd3fa67
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.