KUALA LUMPUR, Khamis – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini mengetengahkan pelbagai langkah yang dilaksanakan kerajaan bagi melindungi ekonomi Malaysia dalam persekitaran ekonomi global serba mencabar.
“Tahun ini, kita menumpukan usaha mengukuhkan daya tahan ekonomi negara, mengurus impak kelemahan luaran serta melindungi kesejahteraan rakyat,” kata Perdana Menteri menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan menjelang pembentangan Bajet 2016 di Dewan Rakyat, esok.
Sambil mengakui kejatuhan harga minyak dan gas telah menjejaskan pendapatan kerajaan, Najib yang juga Menteri Kewangan sebaliknya membangkitkan pelbagai langkah proaktif dilaksanakan kerajaan bagi mengurangkan impak berkenaan, khususnya mempelbagaikan ekonomi sejak dua tahun lepas.
“Kita melaksanakan dua perkara untuk meningkatkan daya tahan (ekonomi) iaitu pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) serta usaha rasionalisasi subsidi.
“Keputusan ini adalah penyelamat kita. Kutipan GST ternyata lebih tinggi daripada jangkaan berikutan tahap pematuhan yang tinggi dan mujurlah kita juga ada sumber-sumber lain serta mengamalkan perbelanjaan secara berhemat,” katanya.
Jelas Najib, biarpun berlaku kejatuhan harga minyak serta persekitaran pasaran global yang mencabar, asas-asas ekonomi Malaysia sebaliknya kekal kukuh dengan pertumbuhannya dijangka antara 4.5 hingga 5.5 peratus tahun ini, tahap inflasi antara 2-2.5 peratus dan kadar pengangguran yang stabil.
Sehubungan itu, tegas Perdana Menteri, kerajaan berada pada kedudukan yang tepat untuk terus mengutamakan rakyat.
Ini termasuk memberi bantuan, terutamanya kepada kumpulan yang memerlukan bagi menangani peningkatan kos sara hidup; menyokong sektor swasta dengan dasar properniagaan serta memastikan pertumbuhan inklusif, meningkatkan pembangunan modal insan serta melonjakkan produktiviti, inovasi dan teknologi hijau.
“Saya ada rancangan dan ia (ternyata) membuahkan hasil. Saya tidak akan terganggu kerana kesannya amat serius jika rancangan ini tidak dijayakan.
“Bajet 2016 akan membuktikan bagaimana rancangan ini akan meningkatkan kehidupan semua rakyat Malaysia dan meneruskan langkah seterusnya untuk mencapai Wawasan 2020 dan status sebagai sebuah negara maju.
“Masa depan dan kebajikan semua rakyat Malaysia adalah keutamaan saya,” tegas Perdana Menteri.- Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
Wak hairan, kenape pemimpin2 Pakatan Rakyat tidak pernah menyedari mengape sebab2 nye parti itu tewas pade PRU13 yang lepas. Sebenar nye ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Mungkin ade yang hairan kenape Wak tibe2 tertumpu ke Gelang Patah Johor. Sebab nye Wak bertumpu ke Gelang Patah kerane di sini boleh lah ...
-
News | Diterbitkan 13 Jul 2019, 11:58 malam Ketua Polis Negara Abdyul Hamid Bador memaklumkan pasukan itu telah menahan beberapa indiv...
-
Patutlah Sheikh Nuruddin Al Banjari Di Gam JAKIM.. Ini Sebabnya Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA) melahirkan rasa dukacita t...
-
Hidir Reduan dan Anne Muhammad Diterbitkan Hari ini 8:58 pagi Hari ketiga perbicaraan ke atas bekas perdana menteri Najib Razak dijadua...
-
Rusuhan di Singapura [gambar2] Ini kali pertama Singapura dilanda rusuhan selepas lebih 40 tahun... Kali terakhir adalah pada Mei 1969...
-
agendaily.com 07/11/2022 Manifesto Barisan Nasional tidak menyatakan usaha memerangi rasuah dan penyelewengan serta pelantikan tiga Timbalan...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.