Faiz Zainudin | November 4, 2015
Dia mendakwa DAP memang tidak suka tengok orang Melayu pegang jawatan dalam Exco malah pemilihan di Selangor baru-baru ini tiada wakil Melayu yang menang.
PETALING JAYA: Bekas ahli DAP mendakwa parti itu ditubuhkan untuk membuli orang Melayu.
Pengerusi Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao berkata demikian susulan tindakan pemimpin DAP yang mendesak Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali memecat Exco Pas.
Katanya, DAP yang sepatutnya perlu meletak jawatan exco kerana Pas tidak melakukan sebarang kesalahan malah parti itu menang atas pilihan rakyat.
“DAP duduk menyalak pecat Exco Pas tetapi Pas konsisten kerana mereka dipilih rakyat. Kalau benci dengan Pas sepatutnya DAP kena letak jawatan Exco.
“Siapa DAP nak cabar Pas letak jawatan. DAP ini rasis, dia memang tidak suka tengok orang Melayu pegang jawatan dalam Exco, bukti DAP rasis jelas dalam pemilihannya baru-baru ini apabila tidak ada Melayu yang menang,” katanya kepada FMT.
Ramesh berkata, sekiranya, DAP terus mendesak Pas digugurkan dari Exco, pilihan raya umum (PRU) akan datang parti itu akan ditolak pengundi Melayu.
“Melayu akan tolak sebab mereka anggap Cina (DAP) buli Melayu, Cina jangan buli Melayu, kalau mereka nak tolak hudud sekalipun,” katanya.
Jelasnya, pelantikan Exco Pas dibuat dengan perkenan Sultan Selangor malah Baginda berhak melantik sesiapa sahaja jika dianggap layak.
“Tuanku Sultan Selangor sudah berkenan Pas dilantik Exco, DAP nak lawan kuasa Tuanku?,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
bharian.com.my Oleh Nur Izzati Mohamad bhnews@bh.com.my - Mac 18, 2025 @ 7:08pm Anwar menandatangani plak simbolik perasmian pada Majlis Pe...
-
April 12, 2021 Pemimpin Umno yakin, motif utama kumpulan yang mahukan pemilihan parti itu disegera bukan sekadar mahu membuang Datuk S...
-
suaramerdeka.com TUN Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak ada keinginan untuk kembali menjadi Perdana Menteri kerana sudah terlalu ...
-
ismaweb.net azrulhakimie Najib punya kuasa mutlak ke atas SRC Termasuk lantik, pecat pengarah kerana perlembagaan syarikat membenarkannya PU...
-
Faiz Zainudin | November 4, 2015 Dia mendakwa DAP memang tidak suka tengok orang Melayu pegang jawatan dalam Exco malah pemilihan di Selang...
-
freemalaysiatoday.com Mohamad Fadli -May 2, 2021 3:13 PM PETALING JAYA: Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong berkata pada Pilihan Raya Umum...
-
Wak tak heran jike di suatu hari nanti negeri Malaysia ni akan jadi milik Cine sepenuh nye........ Wak memang kagum dengan lagu UMNO yan...
-
Inilah akibat nye apebile kite memilih orang yang tak beriman sebagai ketue. Ketua Kampung Halau Pertugas Bantuan Banjir (Gambar) Tra...
-
FMT Reporters -January 15, 2021 6:36 PM PETALING JAYA: Covid-19 mencatatkan 3,211 kes baru dalam tempoh 24 jam lalu. Ketua Pengarah Kesiha...
-
Wak heran juge baru kali ni terdengar bahawe 'bukti' sesuatu tuduhan tu di ukur dengan 'grade', kunun nye ade bukti grade ...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.