This Page Send by Email
Shah Alam – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 5 Jan depan untuk sebutan semula kes bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik yang didakwa menyiarkan penerbitan menghasut mendakwa Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah sebagai murtad di akaun Facebook milik beliau.
Hakim Slamat Yahya menetapkan tarikh itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nik Suhaimi Nik Sulaiman yang mengetuai pendakwaan.
Nik Suhaimi memohon penangguhan kes dan tarikh sebutan baharu berikutan terdapat beberapa isu serta proses penyerahan dokumen yang belum selesai.
Abdul Rahim, 65, yang hadir ke mahkamah memakai sut hitam didakwa melakukan kesalahan itu melalui akaun Facebook Rahim TambyChik di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini, kira-kira 8 pagi, 25 Sept lepas.
Abdul Rahim didakwa mengikut Seksyen 4 (1)(c) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4 (1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Beliau turut mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pilihan menggunakan akaun Facebook miliknya untuk membuat dan memulakan penghantaran komen yang jelik sifatnya berhubung dakwaan sama dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain di tempat, masa dan tarikh sama.
Bagi tuduhan itu, Abdul Rahim didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) Akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Selain Nik Suhaimi, pendakwaan turut diwakili Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar dan Afzainizam Abdul Aziz sementara Abdul Rahim diwakili peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin.
Datuk Salehuddin Saidin hadir sebagai peguam pemerhati bagi pihak Istana Selangor, lapor Bernama
Read more http://www.kualalumpurpost.net/kes-hasutan-rahim-thamby-chik-disebut-semula-5-jan/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
Wak hairan, kenape pemimpin2 Pakatan Rakyat tidak pernah menyedari mengape sebab2 nye parti itu tewas pade PRU13 yang lepas. Sebenar nye ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Mungkin ade yang hairan kenape Wak tibe2 tertumpu ke Gelang Patah Johor. Sebab nye Wak bertumpu ke Gelang Patah kerane di sini boleh lah ...
-
News | Diterbitkan 13 Jul 2019, 11:58 malam Ketua Polis Negara Abdyul Hamid Bador memaklumkan pasukan itu telah menahan beberapa indiv...
-
Patutlah Sheikh Nuruddin Al Banjari Di Gam JAKIM.. Ini Sebabnya Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA) melahirkan rasa dukacita t...
-
Hidir Reduan dan Anne Muhammad Diterbitkan Hari ini 8:58 pagi Hari ketiga perbicaraan ke atas bekas perdana menteri Najib Razak dijadua...
-
Rusuhan di Singapura [gambar2] Ini kali pertama Singapura dilanda rusuhan selepas lebih 40 tahun... Kali terakhir adalah pada Mei 1969...
-
agendaily.com 07/11/2022 Manifesto Barisan Nasional tidak menyatakan usaha memerangi rasuah dan penyelewengan serta pelantikan tiga Timbalan...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.