Saturday, November 14, 2015
Umno tak akan jemput Tun M ke forum terbuka - Ahmad Maslan
Kuala Lumpur – Umno tidak akan menjemput bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad secara rasmi untuk menghadiri majlis-majlis penerangan tentang isu semasa yang dianjurkan secara terbuka.
Ketua Penerangannya Datuk Ahmad Maslan berkata parti itu telah belajar daripada kesilapan lalu dengan memberi contoh program Nothing2Hide yang terpaksa dibatalkan pada saat akhir kerana kehadiran Dr Mahathir.
“Ia akan jadi lain kalau tokoh-tokoh tertentu berada di tempat seperti ini. Ini bukan seperti forum Nothing2Hide, kalau buat macam tu di tempat (terbuka) seperti ini, takkan menjadi (majlis).
“Kami telah belajar daripada kesilapan lalu yang telah berlaku,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penerangan Perdana 1MDB, TPPA, Bajet 2016 di sini, Sabtu.
Beliau mengulas mengenai cadangan beberapa peserta supaya tokoh dan pemimpin yang banyak mengkritik kerajaan terutama dalam isu 1MDB dijemput untuk mendengar penerangan daripada individu-individu bertanggungjawab seperti Presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy,Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed (TPPA) dan Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (Bajet 2016).
Ahmad Maslan berkata sebagai negarawan yang dihormati Dr Mahathir tahu tentang cara untuk mendapat penjelasan atau maklumat tentang sesuatu isu yang diperlukan.
“Beliau adalah negarawan yang kita hormati walau banyak mengkritik.
“Biarlah beliau uruskan sendiri jika beliau inginkan apa-apa maklumat. Mungkin boleh panggil Arul Kanda sendiri atau Arul Kanda boleh tawar untuk bertemu dengan Tun M.
“Saya rasa pertemuan rasmi atau peribadi dalam kelompok kecil tak jadi masalah , itu terpulang kepada 1MDB atau Arul Kanda untuk putuskan,” katanya.
Mengenai program pada hari ini beliau berkata sambutan yang diterima adalh di luar jangkaan dan menyifatkannya sebagai berjaya.
Beliau menganggarkan ia dihadiri lebih kurang 2,500 peserta dan berhasrat untuk meneruskannya di peringkat negeri.
“Bukan senang nak bawa mereka bertiga serentak, masing-masing ada tugas dalam dan luar negara.
“Agak sukar untuk bawa mereka ke negeri-negeri tapi kita akan cuba dalam kaedah berlainan,” katanya.
Katanya, pada 28 November ini akan dianjurkan forum yang hampir sama bertajuk Kaedah Menangani Kos Sara Hidup Rakyat di mana tajuk itu disifatkan lebih dekat dengan masyarakat, lapor mStar Online.
Read more http://www.kualalumpurpost.net/umno-tak-akan-jemput-tun-m-ke-forum-terbuka-ahmad-maslan-2/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Wak hairan, kenape pemimpin2 Pakatan Rakyat tidak pernah menyedari mengape sebab2 nye parti itu tewas pade PRU13 yang lepas. Sebenar nye ...
-
News | Diterbitkan 13 Jul 2019, 11:58 malam Ketua Polis Negara Abdyul Hamid Bador memaklumkan pasukan itu telah menahan beberapa indiv...
-
agendaily.com 07/11/2022 Manifesto Barisan Nasional tidak menyatakan usaha memerangi rasuah dan penyelewengan serta pelantikan tiga Timbalan...
-
News | Diterbitkan Hari ini 5:46 petang Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad melabelkan badan pertubuhan pendidikan Cina, Dong Zong seb...
-
Patutlah Sheikh Nuruddin Al Banjari Di Gam JAKIM.. Ini Sebabnya Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA) melahirkan rasa dukacita t...
-
Hidir Reduan dan Anne Muhammad Diterbitkan Hari ini 8:58 pagi Hari ketiga perbicaraan ke atas bekas perdana menteri Najib Razak dijadua...
-
"31 DECEMBER 2012 Buku berkaitan penukaran akuan bersumpah Bala mula tersebar KUALA LUMPUR 31 Dis: Buku yang berkaitan dengan pe...
-
Mungkin ade yang hairan kenape Wak tibe2 tertumpu ke Gelang Patah Johor. Sebab nye Wak bertumpu ke Gelang Patah kerane di sini boleh lah ...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.