March 8, 2016
Kepada Mahathir, rasailah dunia penuh kekangan yang kamu dirikan!
COMMENT
Oleh Mandeep Karpall
Siapa pernah terfikir bahawa UMNO-BN akan hilang majoriti 2/3 di Parlimen. Malah, ia seperti mimpi di siang hari apabila melihat 5 negeri jatuh ke tangan pembangkang. Dari utara ke tengah Semenanjung, semuanya ditadbir oleh pembangkang.
Buat pertama kalinya juga, Malaysia melihat mendiang Karpal Singh duduk bersebelahan dengan arwah Tok Guru Nik Aziz. Dan beberapa bulan selepas 8 Mac, Anwar Ibrahim kembali di Parlimen Malaysia dan menjadi Ketua Pembangkang.
Kini, selepas 8 tahun, Anwar Ibrahim kembali ke ‘tempat’ lamanya di Sg Buloh. Karpal Singh dan Tok Guru Nik Aziz sudah pergi meninggalkan kita buat selamanya sama seperti Pakatan Rakyat.
Harapan menukar rejim berterusan ke 5 Mei 2013. Kini, UMNO-BN bukan hanya kekal hilang majoriti 2/3 di Parlimen, tetapi ditambah dengan kehilangan undi popular. Tetapi, malangnya disebabkan sistem sedia-ada, maka UMNO-BN kekal bergelar kerajaan.
Hari ini, 8 tahun selepas 8 Mac dan Malaysia sedang menuju ke Negara gagal. Pembangkang masih tidak nampak sudah bersatu. Tidak ada susuk yang dilihat dapat menggantikan Anwar Ibrahim. PAS pula sudah menjadi parti Pantai Timur Semenanjung dan sedang dalam proses bersatu bersama musuh tradisi mereka, UMNO-BN.
Politik baru
Kini Malaysia sedang menuju ke alam politik baru. Siapa pernah sangka, seorang yang pernah digelar ‘mahazalim’ dan ‘mahafiraun’ akan mengetuai satu gerakan menjatuhkan Najib Razak. Siapa sangka, Mahathir Mohamad akan turun ke jalanraya pada himpunan BERSIH 4. Bukan sehari, tetapi dua hari berturut-turut.
Mahathir Mohamad kini bulan lagi ahli UMNO. Ada yang mengelarnya sebagai ketua pembangkang Malaysia pada ketika ini. Tidak ada seharipun tidak ada berita tentang Mahathir. Malah, untuk kali pertamanya dalam sejarah politik Malaysia, kita menyaksikan Mahathir Mohamad bersatu dengan musuh tradisinya dalam satu bilik dan meja yang sama.
Mahathir dilihat bekerja ‘lebih masa’ dari pembangkang untuk menjatuhkan Najib Razak. Sebenarnya, hari ini Mahathir sedang melawan satu sistem yang dibina oleh beliau sendiri berdekad lalu. Mahathir boleh mengulang sejuta kali bahawa beliau tidak pernah bersalah dalam hal ini, tetapi beliau harus terima realiti ini.
Siapa pernah sangka, dua musuh ketat politik Malaysia akan bersatu. Anwar Ibrahim pada 3 Mac yang lalu menyeru rakyat Malaysia bersatu dengan Mahathir untuk menjatuhkan Najib Razak. Siapa sangka bekas tahanan ISA era Mahathir dan bersalaman dengan beliau dan tidak mengungkit langsung perkara lama.
Inilah politik baru. Semua menepikan perbezaan atas nama Negara. Semua ini tidak akan terjadi jikalau tsunami 8 Mac tidak berlaku. Walaupun, keadaan Negara makin jahaman dari saat ke saat, namun pemikiran politik antara rakyat sedang matang.
Rakyat mula memahami kebersamaan yang harus dilakukan atas nama Negara.
Persoalannya sekarang, apakah Mahathir Mohamad akan berjaya menjatuhkan Najib dan mendirikan satu kerajaan baru di Malaysia bersama pembangkang, atau beliau akan kembali ke UMNO selepas Najib Razak jatuh (seperti 2009), atau Mahathir Mohamad akan berkongsi sel dengan Anwar Ibrahim yang pernah dipenjarakan oleh beliau sendiri.
Dan jika situasi yang ketiga berlaku, apakah rakyat Malaysia akan bangkit dan menumbangkan rejim UMNO-BN melalui jalanraya untuk membebaskan Anwar dan Mahathir, atau kita akan menunggu 18 tahun lagi?
Kepada Mahathir, selamat datang ke dunia yang penuh kekangan ini dan selamat menyaksikan pembinaan anda sendiri.
Mandeep Karpall adalah pembaca FMT.
Di atas kepercayaan kebebasan bersuara tanpa wasangka, FMT cuba untuk berkongsi pandangan dengan pihak ketiga. Artikel yang disiarkan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mempunyai kaitan dengan FMT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
Wak hairan, kenape pemimpin2 Pakatan Rakyat tidak pernah menyedari mengape sebab2 nye parti itu tewas pade PRU13 yang lepas. Sebenar nye ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Mungkin ade yang hairan kenape Wak tibe2 tertumpu ke Gelang Patah Johor. Sebab nye Wak bertumpu ke Gelang Patah kerane di sini boleh lah ...
-
News | Diterbitkan 13 Jul 2019, 11:58 malam Ketua Polis Negara Abdyul Hamid Bador memaklumkan pasukan itu telah menahan beberapa indiv...
-
Patutlah Sheikh Nuruddin Al Banjari Di Gam JAKIM.. Ini Sebabnya Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA) melahirkan rasa dukacita t...
-
Hidir Reduan dan Anne Muhammad Diterbitkan Hari ini 8:58 pagi Hari ketiga perbicaraan ke atas bekas perdana menteri Najib Razak dijadua...
-
Rusuhan di Singapura [gambar2] Ini kali pertama Singapura dilanda rusuhan selepas lebih 40 tahun... Kali terakhir adalah pada Mei 1969...
-
agendaily.com 07/11/2022 Manifesto Barisan Nasional tidak menyatakan usaha memerangi rasuah dan penyelewengan serta pelantikan tiga Timbalan...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.