Faiz Zainudin
PERKASA cadang kerajaan tubuh tabung dengan dana RM30 bilion untuk bantu Bumiputera miliki hartanah di kawasan perbandaran.
KUALA LUMUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) kecewa dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang gagal membela nasib Bumiputera untuk memiliki hartanah di kawasan perbandaran.
Presidennya, Datuk Ibarhim Ali berkata, kerajaan sebelum ini, hanya menabur janji untuk memberi hak hartanah kepada kaum Bumiputera di bandar, sebaliknya perkara itu tidak berlaku sehingga sekarang.
Katanya, kerajaan juga dilihat tiada kesungguhan untuk membantu orang Malayu memiliki hartanah di bandar sebaliknya hanya mengutamakan kauntungan semata-mata dengan menyediakan projek-projek besar di bandar untuk dijual kepada bukan Bumiputera bagi memperolehi keuntungan.
“Rancangan kerajaan berhubung pemilikan hartanah Bumiputera dalam bandar sebelum ini dilihat hanya retorik, sebaliknya kerajaan lebih mementingkan membawa pelabur luar negara untuk membangunkan negara untuk mengejar keuntungan sedangkan hak orang Melayu makin berkurang.
“Saya rasa kecewa sebab tidak ada kesungguhan kerajaan, dan tidak ada dasar yang agresif serta campurtangan melalui program untuk membantu orang Malayu memiliki hartanah di bandar.
“Realitinya usah nak beli rumah di bandar, tetapi nak beli rumah mampu milik RM300 ribu pun orang Melayu tak boleh. Kalau kerajaan benar-benar mahu perjuangkan isu ekonomi sebagai agenda Bumiputera dan agenda Bumiputera adalah agenda nasional kerajaan harus membantu,” katanya semasa Forum hartanah ‘Melayu Bandar Terus Disisih?’ anjuran NGO itu hari ini.
Bagi memastikan kaum Bumiputera mampu memiliki hartanah di bandar, Ibrahim mencadangkan kerajaan mewujudkan tabung RM30 bilion bagi memudahkan pinjaman untuk Bumiputera.
“Saya cadangkan kerajaan wujud tabung RM30 bilion untuk memberi pinjaman 100 peratus kepada orang Melayu untuk memberi rumah kedai, lot premis di bandar, atau adakan bank hartanah untuk kaum bumiputera.
“Selain itu kita minta kerajaan ubah polisi supaya tanah rezab Melayu di bandar sama nilainya dengan harga biasa, kerana kita tengok, tanah-tanah di Kampung Baru dan Kampung Keramat, kerana kawasan tersebut berpotensi tinggi untuk maju.
“Seterusnya PERKASA juga mencadangkan pihak kerajaan supaya mendedahkan pelan pembangunan Bandar Malaysia di Sungai Besi yang dijual kepada syarikat negara China, pastikan kawasan tersebut turut diberikan hak kepada kaum Bumiputera,” katanya,
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
Wak hairan, kenape pemimpin2 Pakatan Rakyat tidak pernah menyedari mengape sebab2 nye parti itu tewas pade PRU13 yang lepas. Sebenar nye ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Mungkin ade yang hairan kenape Wak tibe2 tertumpu ke Gelang Patah Johor. Sebab nye Wak bertumpu ke Gelang Patah kerane di sini boleh lah ...
-
News | Diterbitkan 13 Jul 2019, 11:58 malam Ketua Polis Negara Abdyul Hamid Bador memaklumkan pasukan itu telah menahan beberapa indiv...
-
Patutlah Sheikh Nuruddin Al Banjari Di Gam JAKIM.. Ini Sebabnya Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA) melahirkan rasa dukacita t...
-
Hidir Reduan dan Anne Muhammad Diterbitkan Hari ini 8:58 pagi Hari ketiga perbicaraan ke atas bekas perdana menteri Najib Razak dijadua...
-
Rusuhan di Singapura [gambar2] Ini kali pertama Singapura dilanda rusuhan selepas lebih 40 tahun... Kali terakhir adalah pada Mei 1969...
-
agendaily.com 07/11/2022 Manifesto Barisan Nasional tidak menyatakan usaha memerangi rasuah dan penyelewengan serta pelantikan tiga Timbalan...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.