Send by Email
Kuala Lumpur – Wanita UMNO hari ini mendesak pihak berkuasa supaya menyiasat identiti ‘Malaysian Investigators’ yang membuat tuduhan palsu terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam satu kenyataan berkata tuduhan palsu itu telah mencemar imej dan reputasi khususnya kepada perdana menteri dan negara.
“Rakyat perlu tahu siapakah ‘Malaysian Investigators’ dan kertas siasatan palsu yang dinyatakan di dalam laporan WSJ (Wall Street Journal) itu,” katanya.
Shahrizat berkata beliau merujuk kepada beberapa laporan ‘Wall Street Journal’ (WSJ) khususnya laporan pada 30 Mac 2016 yang melaporkan bahawa Najib tidak mengambil wang daripada 1MDB dan WSJ mengakui bahawa wang itu adalah derma diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
“Wanita UMNO mendesak pihak berkuasa, sama ada polis atau peguam negara, untuk menyiasat identiti sebenar ‘Malaysian Investigators’ yang dimaksudkan oleh WSJ pada 2 Julai 2015 yang telah memberi ‘kertas siasatan palsu’ menuduh perdana menteri mengambil wang 1MDB sebanyak US700 juta,” katanya. – Bernama
Read more http://www.kualalumpurpost.net/siasat-siapa-malaysian-investigators-shahrizat/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
Peguam Gobind Singh Deo mahu peguam negara membuka semula kes pembunuhan pengasas AmBank Hussain Najadi yang dibunuh pada 2013. MP Pucho...
-
inforakyat.net 03/11/2021 1:15 PM Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan bahawa sebanyak 90 tekapan seterika wap yang dilakukan oleh li...
-
News | Diterbitkan Hari ini 3:38 petang Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkongsi pertemuan mesra dengan Pengerusi Majlis Penasihat Keraj...
-
MALAYSIADATELINE May 22, 2019 12:27 pm Hampir 120,000 individu mendesak agar Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggantikan Ment...
-
TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli diiringi oleh Polis ke Mahkamah Seksyen, Kuala Lumpur di bawah Ak...
-
MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS 26 DISEMBER 2017 Shahrir SHAH ALAM - Isu pemindahan tanah hak milik Felda di Jalan Semarak perlu diberikan...
-
agendaily.com 20/08/2022 Bakal Presiden PBM, Datuk Zuraida Kamaruddin sebelum mengesahkan masih menunggu keputusan permohonan daripada Baris...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Feb 3, 2025 8:00 AM Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh mengingatkan MCA bahawa MCA mempunyai wakil rakyat di pa...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.