Faiz Zainudin
Jentera PAS digunakan PKR dan DAP untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya lepas, tetapi sumbangan itu tidak dikenang.
KOTA BHARU: Selepas berjaya menyingkirkan kumpulan ‘progresif’ yang menentang Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada pemilihan lepas, parti Islam tampil dengan semangat baru pada muktamar kali ini.
Mengukuhkan aspirasi untuk menggantikan UMNO sebagai parti majoriti Melayu-Islam yang disegani, semangat ditunjukkan dalam Muktamar Pemuda PAS ke-57 menerusi ucaptama ketua sayap pemudanya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.
“Besarlah hasrat dan hajat Pemuda PAS agar pucuk pimpinan parti mengkaji semula agihan kerusi Parlimen dan DUN yang bakal ditandingi PAS dalam PRU-14 akan datang,” katanya memulakan bicara mengukuhkan kedudukan PAS menghadapi cabaran PKR, DAP dan BN.
Ucapannya ditandai dengan kewaspadaan terhadap kerjasama dengan parti-parti lain, seraya menunjukkan PAS tidak mahu melupakan layanan parti-parti sepakatan dahulu terhadap mereka.
“Cukuplah pengalaman lalu menjadi pengajaran dimana tenaga ahli kita yang ikhlas dan patuh pada arahan pimpinan diperguna oleh rakan-rakan demi mencapai kemenangan, kemudian ditinggalkan begitu sahaja.
“Justeru sekiranya pimpinan parti mengambil satu langkah berani untuk bertanding di kerusi yang selama ini dipinjamkan kepada PKR dan DAP dalam PRU yang lepas, kami Pemuda PAS memberi ikrar dan janji akan mengambil seribu satu langkah bagi memastikan kemenangan berpihak kepada PAS,” kata Nik Abduh.
Majlis yang berlangsung di Pusat Dagangan Kelantan (KTC) tampak berbeza apabila tetamu-tetamu kehormat tampil dengan pakaian tradisional Melayu.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang hadir sebagai perasmi majlis menggayakan baju Melayu Pahang warna hijau bersama jaket, tengkolok dan sampin warna sepadan, dan keris tersemat.
Kepada perwakilan pemuda yang hadir, Nik Abduh menegaskan komitmen mempertahankan kepimpinan ulama yang dirintis pimpinan terdahulu.
“Gagasan ini bukanlah gagasan bermusim, ia merupakan tunjang yang menjaga dasar perjuangan PAS selama ini dan menentukan halatuju serta prospek masa depan PAS.
“Kepimpinan ulama adalah DNA yang menjadikan PAS sebuah gerakan Islam yang unik dan istimewa dibandingkan gerakan Islam yang lain pada mata para pengkaji hari ini,” katanya.
Penegasan itu dipercayai merujuk kepada serpihan pimpinan dan ahli PAS yang membentuk AMANAH. Serpihan itu membentuk kerjasama dengan PKR dan DAP menerusi Pakatan Harapan.
PAS dan Pakatan Harapan dijangka bertembung dalam PRK yang akan diadakan tidak lama lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Anne Muhammad Diterbitkan Hari ini 2:28 tengahari Anggota Parlimen Kuala Terengganu Kuala Terengganu Ahmad Amzad Hashim menolak amara...
-
News | Diterbitkan Hari ini 11:49 tengahari Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berkata 20 senator yang tidak hadir dalam pengundian Ra...
-
Ramieza Wahid Diterbitkan Hari ini 10:00 pagi BERITA TINJAUAN | Kira-kira 15 juta rakyat Malaysia layak menuntut wang RM30 pemberi...
-
harakahdaily.net February 12, 2025 Kerana itu garis panduan agama mesti dilaksanakan KUALA TERENGGANU: Kepentingan pemerintahan dalam mendau...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Feb 2, 2025 1:06 PM Ketua Pemuda Umno Malaysia, Dr Akmal Saleh mengenal pasti individu dari MCA yang mendakwa...
-
admin September 21, 2017 Projek yang diasaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak iaitu Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang bero...
-
Anggota kabinet Datuk Tajudin Abdul Rahman yakin perdana menteri akan mengulas kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sebuah video bocor...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.