FMT Reporters
Empat yang ditahan itu termasuk aktivis, penganjur acara dan pelukis komik ditahan dan dibawa ke ibu pejabat polis Sentul atas kesalahan menghasut.
PETALING JAYA: Tiga individu ditahan mengikut Akta Hasutan 1948.
Ini susulan laporan terdahulu mengenai penahanan aktivis Fahmi Reza atas kesalahan menjual kemeja T #KitaSemuaPenghasut di pesta buku alternatif KL.
Malaysiakini yang memetik Pengarah Eksekutif Institut Rakyat Yin Shao Loong sebagai berkata tiga yang lain ditahan mengikut Akta Hasutan 1948 dan dibawa ke ibu pejabat polis daerah Sentul.
Tiga yang ditahan adalah penganjur acara Pang Khee Teik, aktivis masyarakat Lew Pik-Svonn dan pelukis komik Arif Rafhan Othman.
Dalam post di Facebook awal hari ini, Fahmi berkata dia ditahan pegawai polis di Publika, di mana acara itu diadakan dan disiasat kerana menghasut.
Kemeja T yang dijualnya dicetak dengan karikatur Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam imej badut berserta slogan “Kita Semua Penghasut”.
“Lima hingga enam pegawai polis datang booth aku tadi. Mereka rampas kad pengenalan aku, 2 helai t-shirt penghasut dari beg aku dan juga sepanduk lukisan muka badut.
“Menurut polis aku disiasat bawah Akta Hasutan. Aku dalam keadaan selamat. Dah sampai balai polis sekarang.”
Semalam, dilaporkan Fahmi dibawa ke mahkamah untuk didakwa dua pertuduhan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana memuat naik imej ke akaun media sosialnya.
Fahmi didakwa menggunakan akaun media sosialnya untuk memuat naik imej Najib yang diubahsuai untuk menyinggung orang lain pada 31 Januari dan parodi notis Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia yang memaparkan imej Najib yang disunting.
Kedua-dua pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
Wak hairan, kenape pemimpin2 Pakatan Rakyat tidak pernah menyedari mengape sebab2 nye parti itu tewas pade PRU13 yang lepas. Sebenar nye ...
-
News | Diterbitkan Hari ini 11:49 tengahari Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berkata 20 senator yang tidak hadir dalam pengundian Ra...
-
Anne Muhammad Diterbitkan Hari ini 2:28 tengahari Anggota Parlimen Kuala Terengganu Kuala Terengganu Ahmad Amzad Hashim menolak amara...
-
Ramieza Wahid Diterbitkan Hari ini 10:00 pagi BERITA TINJAUAN | Kira-kira 15 juta rakyat Malaysia layak menuntut wang RM30 pemberi...
-
harakahdaily.net February 12, 2025 Kerana itu garis panduan agama mesti dilaksanakan KUALA TERENGGANU: Kepentingan pemerintahan dalam mendau...
-
admin September 21, 2017 Projek yang diasaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak iaitu Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang bero...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Feb 2, 2025 1:06 PM Ketua Pemuda Umno Malaysia, Dr Akmal Saleh mengenal pasti individu dari MCA yang mendakwa...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.