Tuesday, May 21, 2019
Pemimpin DAP serang Maszlee tak beradab - ARMADA Perak
Oleh Shaarani Ismail
shaarani@bh.com.my
IPOH: Tindakan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CCC) DAP merangkap EXCO Selangor, Datuk Teng Chang Khim dan Ahli CCC DAP merangkap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P Ramasamy yang melabelkan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik sebagai tiada beza dengan pemimpin UMNO, adalah tidak beradab.
Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Perak, Mubin Salleh, berkata kedua-dua pemimpin itu sepatutnya ‘melihat cermin’ kerana kata-kata dan tuduhan itu terlihat seakan-akan menggambarkan tuan empunya badan yang membuat tuduhan.
“Selaku pemimpin kepada kerajaan negeri yang sudah dua penggal diberi kepercayaan oleh rakyat, sepatutnya mereka tidaklah bodoh untuk memilih perkataan yang beradab untuk menyuarakan pendapat.
“Terutamanya pada rakan seangkatan, malah mereka juga tidaklah pula bodoh untuk mendapatkan maklumat terperinci atau pencerahan berhubung sesuatu kenyataan Menteri dari pihak berkaitan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, serangan terhadap Maszlee itu menunjukkan mereka tiada beza dengan tindakan pemimpin parti pembangkang iaitu GERAKAN dan MCA yang menyerang bertubi-tubi pemimpin kerajaan Pakatan Harapan (PH) berhubung isu sama.
Katanya, sikap seperti itu mirip sekali dengan sikap angkuh beberapa pemimpin UMNO sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang tunjuk jaguh pada kelompok tertentu sehingga jadi ‘kaki pukul’ tak kira lawan atau kawan.
“Tetapi bila tiba masa turun ke medan, diserang lawan bertubi-tubi di kiri dan kanan, mula menagih bantuan, kawan pula serik menghulurkan, akhirnya kalah peperangan! Moga jadi teladan.
“Baru sebentar ini terbaca pesanan Lim Kit Siang iaitu ‘Anggota PH mesti menjaga disiplin dalam menghadapi sebarang usaha untuk mewujudkan pergeseran dalam gabungan, jika tidak Malaysia Baharu tidak akan berjaya’.
“(Mewujudkan pergeseran dalam PH) hanya akan membawa balik (Datuk Seri) Najib Razak, Jho Low dan rentetan skandal mega kleptokrat yang akan menyebabkan Malaysia menjadi negara gagal, penyangak dan kleptokrasi,” katanya.
Maszlee sebelum ini mempertahankan kuota matrikulasi serta mempertikaikan tindakan majikan menetapkan syarat fasih bahasa Mandarin di negara ini, sehingga diserang oleh Chang Kim, Ramasamy serta beberapa pemimpin MCA dan GERAKAN seolah-olah ‘bersatu’ menyerang pemimpin BERSATU.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
Wak hairan, kenape pemimpin2 Pakatan Rakyat tidak pernah menyedari mengape sebab2 nye parti itu tewas pade PRU13 yang lepas. Sebenar nye ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Mungkin ade yang hairan kenape Wak tibe2 tertumpu ke Gelang Patah Johor. Sebab nye Wak bertumpu ke Gelang Patah kerane di sini boleh lah ...
-
News | Diterbitkan 13 Jul 2019, 11:58 malam Ketua Polis Negara Abdyul Hamid Bador memaklumkan pasukan itu telah menahan beberapa indiv...
-
agendaily.com 07/11/2022 Manifesto Barisan Nasional tidak menyatakan usaha memerangi rasuah dan penyelewengan serta pelantikan tiga Timbalan...
-
Patutlah Sheikh Nuruddin Al Banjari Di Gam JAKIM.. Ini Sebabnya Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA) melahirkan rasa dukacita t...
-
Hidir Reduan dan Anne Muhammad Diterbitkan Hari ini 8:58 pagi Hari ketiga perbicaraan ke atas bekas perdana menteri Najib Razak dijadua...
-
"31 DECEMBER 2012 Buku berkaitan penukaran akuan bersumpah Bala mula tersebar KUALA LUMPUR 31 Dis: Buku yang berkaitan dengan pe...
-
News | Diterbitkan Hari ini 5:46 petang Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad melabelkan badan pertubuhan pendidikan Cina, Dong Zong seb...

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.