Saturday, May 18, 2019

Senarai hitam peminjam PTPTN, Syed Saddiq bantah

Oleh Aliff Fikri Aziz

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan membantah cadangan menyenarai hitam individu yang gagal melunaskan pinjaman Perbadanan Tabung PTPTN.
 — Foto oleh Hari Anggara

KUALA LUMPUR, 18 Mei — Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan membantah cadangan menyenarai hitam individu yang gagal melunaskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Menteri belia dan sukan berkata mereka tidak sepatutnya menerima tindakan sedemikian terutama bagi yang masih menganggur dan tidak memperoleh gaji secukupnya.

“Mereka tidak sepatutnya disenarai hitamkan PTPTN. Kalau cadangan untuk menyenarai hitam anak muda yang belum bekerja atau mendapat gaji di bawa ke kabinet, saya sebagai menteri akan membantah sekeras mungkin,” kata dalam satu video di Facebook, semalam.

“Ini merupakan komitmen saya. Kita patut terus membantu dan membela masa depan anak muda.”

Kelmarin dilaporkan PTPTN menerima beberapa cadangan kaedah mendapatkan semula bayaran, antaranya menyekat pembaharuan pasport, lesen memandu dan cukai jalan peminjam culas.

Pengerusinya Wan Saiful Wan Jan selepas dikritik semalam dilapor berkata cadangan itu belum dijadikakan sebagai rasmi dan tidak akan dilaksanakan setakat ini.

Jun tahun lalu seramai 429,945 peminjam diumum bebas dari senarai hitam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-