Monday, June 17, 2019

Azmin menghadap Agong

Diterbitkan 47 minit yang lalu pada 17 June 2019

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan perkara itu dalam satu ciapan di Twitter miliknya petang ini. 
Foto ihsan Twitter/Azmin

KUALA LUMPUR, 17 Jun — Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menteri hal ehwal ekonomi mengumumkan perkara itu dalam satu ciapan di Twitter miliknya petang ini beserta dengan beberapa foto di laman itu.

“Menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas perkenan menerima menghadap patik di Istana Negara.

“Titah nasihat dan pedoman Tuanku akan patik junjung sentiasa,” coretnya.

Azmin dalam ciapan berikutnya menegaskan kementeriannya akan merebut peluang selepas Agong mengadakan lawatan khas ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini.

“Hubungan ekonomi dua hala antara Malaysia dan UAE akan dipertingkatkan dalam pelbagai sektor untuk kerjasama ekonomi bernilai tambah,” coretnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-