01/07/2019
Siti Fatimah Ishak
BANGI, 27 Syawal 1440H, Isnin – Tindakan Khazanah Nasional Bhd melantik dua individu warga China sebagai anggota lembaga pengarah baharu, sedikit sebanyak mendedahkan keselamatan dan maklumat sulit Malaysia kepada negara luar.
Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia, Muhammad Thalhah Kamarol Zaman menyifatkan lantikan daripada kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad, yang juga Pengerusi Khazanah itu menimbulkan persoalan dan kecurigaan.
Katanya, sebagai sebuah ‘soverign fund’ milik kerajaan, Khazanah seharusnya mengutamakan pelantikan kepakaran dalam kalangan anak tempatan.
“Adakah sudah tidak ada langsung anak tempatan yang layak? Pelaburan berbilion ringgit yang akan dilakukan Khazanah bakal ditentukan oleh mereka yang tidak faham akan kepentingan negara.
“Khazanah sepanjang penubuhannya telah banyak berjasa dalam membangunkan infrastuktur dan mengembangkan ekonomi negara mengikut acuan keperluan tempatan.
“Adakah peranan ini akan berubah selepas perlantikan dua warga China ini? Mengapa kita perlu memberi warga asing kuasa dalam menentukan hala tuju perjalanan ekonomi negara?, soalnya.
Khazanah dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, pihaknya telah melantik tiga anggota lembaga pengarah baharu berkuat kuasa 26 Jun 2019.
Dua warga China yang dilantik ialah Pengasas SenseTime dan profesor di Chinese University of Hong Kong, Profesor Xiao’ou Tang dan Naib Presiden Eksekutif dan Pengerusi Pemasaran Kumpulan serta Penjenamaan Global, Tencent Holding Company Limited, Lau Seng Yee.
Seorang lagi anggota lembaga pengarah baharu ialah Ketua Bahagian Penasihat, Jabatan Peguam Negara, To’ Puan Azian Mohd Aziz.
Tiada lagikah anak tempatan yang layak terajui Khazanah, soal Berjasa

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.