Friday, February 26, 2021

Tarik balik kenyataan atau saya saman, kata Maszlee Malik

FMT Reporters
-February 25, 2021 10:40 PM


PETALING JAYA: Bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik menggesa Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi menarik balik kenyataan berhubung dakwaan fakta buku teks sejarah Tingkatan 4 ada unsur fakta dimanipulasikan.

Beliau berkata sekiranya tiada permohonan maaf atau penarikan kenyataan dibuat itu, beliau akan memfailkan kes saman fitnah.

“Terima kasih Kementerian Pendidikan (KPM).

“Saya berikan masa sampai esok pagi untuk Asyraf Wajdi memohon maaf secara terbuka dan menarik semula kenyataan beliau,” katanya di Twitternya.

Terdahulu, KPM mempertahankan ketepatan fakta buku teks sejarah Tingkatan 4, selepas Asyraf baru-baru ini mendakwa ada unsur fakta dimanipulasikan.

Kementerian menegaskan buku teks Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Sejarah Tingkatan 4 mematuhi “semua proses penerbitan” bagi menjamin kualiti buku, “termasuk ketepatan fakta”.

KPM menjelaskan penerbitan buku teks itu berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSM Sejarah Tingkatan 4.

Kandungan DSKP itu pula berpandukan Laporan Jawatankuasa Khas Mengkaji Kurikulum Sejarah dan Buku Teks Sejarah Sekolah Menengah KPM (2011-2012).

Semalam, Asyraf menggesa Kementerian Pendidikan menarik balik buku teks sejarah Tingkatan 4, kerana mendakwa terdapat unsur fakta yang dimanipulasikan dengan mengagungkan komunis sebagai pejuang kemerdekaan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-