Oleh ARIF ATAN
March 3, 2021 9:20 am
Pertandingan dua penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) sukar berlaku memandangkan Umno, Bersatu dan Pas berebut kawasan majoriti pengundi Melayu.
Pengarah Komunikasi AMANAH Nasional, Khalid Samad berpendapat Umno sendiri bukan mudah untuk mengurangkan jumlah kerusi yang banyak ditandinginya sebelum ini.
“Soal untuk mendapatkan persetujuan itu pun agak sukar kerana Umno, Bersatu dan Pas ingin menguasai kerusi yang sama (majoriti pengundi Melayu).
“Tidak mungkin Umno yang sebelum ini bertanding 80 kerusi tetapi disebabkan bekerjasama dengan Bersatu dan Pas maka Umno (bertanding) 30 (kerusi), Pas 30 dan Bersatu 20, contohnya.
“Nak turun dari 80 kepada 30 kerusi bukan perkara yang mudah,” katanya dalam slot bertajuk, “Kerjasama dengan Umno: Wajar atau tidak?” secara langsung menerusi Facebook The Perspektif kelmarin.
Untuk rekod, kira-kira 107 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) menyaksikan pertandingan tiga penjuru, kebanyakannya membabitkan kawasan majoriti pengundi Melayu.
Pada PRU 2018 itu, Umno menawan 55 kerusi Parlimen. Pas pula walaupun menjadi parti kedua meletakkan calon paling ramai iaitu 160 di kerusi Parlimen hanya mampu menang di 18 kerusi.
Bersatu pula yang ketika itu sebagai parti komponen Pakatan Harapan (PH) menang 13 daripada 50 kerusi ditandingi.
Awal Januari lalu, Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan partinya tetap dengan pendirian untuk bertanding tidak kurang daripada 96 kerusi termasuk di 55 Parlimen yang dimenangi pada PRU-14.
Dibahagi tiga
Mengulas lanjut, Khalid berkata, sekiranya berlaku pertandingan dua penjuru sekalipun, masalah masih timbul di pihak penyokong serta individu yang merasakan layak bertanding.
“Pemimpin-pemimpin boleh berdamai tetapi penyokong masing-masing tidak semestinya. Hubungan antara ahli-ahli tentunya ada masalah.
“Jika pemimpin bersetuju sekali pun, tidak semestinya penyokong parti di bawah bersetuju.
“Katakan ada kerusi sudah dipersetujui ditandingi oleh Bersatu, mungkin individu dari Umno atau Pas yang menganggap dirinya layak bertanding di kerusi itu tidak bersetuju kerana menganggap sampai bila-bila Bersatu akan bertanding di kerusi itu,” katanya.
Walau bagaimanapun, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata Pakatan Harapan (PH) tetap bersedia untuk pertandingan dua penjuru.
“Kalau bertanding dua penjuru maka tidak timbul soal kerjasama kerana jika pihak ‘A’ menang, dia yang memerintah. Jika ‘B’ menang, dia yang memerintah. Tiada keadaan kerusi dibahagi tiga,” katanya.
Dalam masa sama, beliau menjangkakan jika gabungan Umno, Pas dan Bersatu menjadi kenyataan maka sentimen mengapi-apikan semangat perkauman akan muncul sekali gus mewujudkan ketegangan seperti telah berlaku ketika mahu menjatuhkan kerajaan PH.
“Kalau berlaku tiga penjuru pula, maka politik perkauman itu dapat sedikit sebanyak diredakan kerana sesama mereka sukar untuk menggunakan hujah perkauman
“Namun, saya tidak jangka akan berlaku (pertandingan) dua penjuru,” tegas Khalid lagi.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.