Sunday, August 15, 2021

‘Kenapa beria-ia jatuhkan Muhyiddin?’

By SatuBerita
-August 15, 2021

MUHYIDDIN YASSIN


Pendapat

KENAPA segenap pihak bergabung menyerang Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) ketika ini?

Adakah kerana TSMY gagal? Tidak, TSMY sebenarnya telah berjaya dan hasil kejayaan itu akan mula dirasai dan dinikmati menjelang Oktober apabila sasaran imuniti kelompok tercapai.

Apabila sasaran itu tercapai, Covid-19 dapat dikawal. Tentu kita semua telah mendengar penjelasan Ketua Pengarah Kesihatan 13 Ogos lepas. Mula nampak cahaya dalam terowong, bermakna kita kian dekat dengan jalan keluar dari terowong tersebut.

Atas sebab itulah kluster mahkamah dan gila kuasa bergabung menyerang TSMY. Kerajaan perlu digambarkan sebagai gagal. Semuanya mesti dinampakkan sebagai gagal dan buruknya kerajaan di mata rakyat.

Kes Covid-19 yang tinggi diperalatkan sebagai alasan utama kegagalan tanpa menceritakan hal sebenar.

TSMY telah mengambil langkah yang betul dan memperhebat pemberian vaksin kepada rakyat. Sehari mencapai setengah juta suntikan.

Ahli MKT UMNO tahu apabila rakyat sedar akan kejayaan suntikan vaksin ini, adalah sukar utk UMNO memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) tanpa Perikatan Nasional (PN).

Datuk Seri Anwar Ibrahim juga sedar. Bab kebajikan rakyat TSMY adalah nombor 1 daripada semua Perdana Menteri (PM) yang Malaysia miliki.

Dalam keadaan wabak ganas menyerang sehingga langkah PKP terpaksa diambil, bantuan demi bantuan, pakej demi pakej disalurkan kepada rakyat.

Sebab itu mantan PM asyik pertikai jumlah perbelanjaan kerajaan, sedangkan TSMY belanja untuk rakyat.

Sesiapa pun yang jadi PM Oktober nanti, kes Covid-19 akan dapat dikawal. Ini kerana kerajaan PN telah menetapkan sasaran dan jalan yang betul. Itu yang sepatutnya rakyat kena tahu.

Sebab itu walaupun pemimpin pembangkang berebut mahu menjadi PM tetapi mereka bersatu untuk menjatuhkan TSMY.

Mereka tidak peduli siapa yang akan jadi PM jika TSMY dijatuhkan kerana antara mereka tiada siapa yang memiliki sokongan majoriti atau lebih banyak daripada TSMY.

Apa akan terjadi kepada negara kita jika hal itu berlaku, apa akan terjadi kepada usaha mengawal Covid-19 yang telah menghampiri kejayaan ini?

Mereka tidak peduli itu semua, yang penting kerajaan PN pimpinan TSMY mesti dijatuhkan sekarang, sebelum hasil perancangan kerajaan mengawal Covid-19 dan bangkit dari kesannya mula dinikmati rakyat sepenuhnya.

Sesungguhnya mereka ini amat tidak bertanggungjawab. Demi melepaskan diri dari masuk penjara kerana menyeleweng harta negara dan kerana ingin hendak berkuasa mereka sanggup memusnahkan perancangan kerajaan untuk rakyat. Mereka rela melihat rakyat menderita dan ketakutan.

Ayuh bangkit rakyat Malaysia. Kita bangun pertahankan TSMY bila-bila masa.

Ayuh bangkit rakyat Malaysia.Kita bersama TSMY pertahankan negara ini dari dikuasai golongan kleptokrasi dan liberal.

NOTA: Surat ini telah tular di media sosial dan segala pendapat adalah pandangan peribadi penulis dan bukan mewakili pandangan SatuBerita.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-