Diterbitkan 26 Aug 2021, 2:44 pm
Dikemaskini 2:47 pm
Menurut portal Berita Harian Online, sesi menghadap Seri Paduka itu berlangsung lebih dua jam dan bertujuan mempersembahkan senarai nama Jemaah Menteri.
Kenderaan rasmi yang membawa perdana menteri keluar dari perkarangan Istana Abdulaziz pada jam 1.38 tengah hari dan dia sempat melambaikan tangan kepada petugas media yang membuat liputan.
Portal itu juga melaporkan adalah difahamkan Ismail Sabri yang juga naib presiden Umno dijangka akan mengadakan sidang media petang ini untuk memaklumkan mengenai senarai anggota kabinetnya.
Bagaimanapun setakat ini belum ada makluman rasmi atau jemputan kepada media, termasuk kepada Malaysiakini.
Star Online sebelum ini melaprkan senarai kabinet itu sepatutnya dipersembahkan semalam tetapi ditangguhkan ke hari ini, memandangkan Yang di-Pertuan Agong tidak berada di Kuala Lumpur.
Ismail bertolak ke Pahang hari ini.
Ia juga melaporkan bahawa Ismail diminta memuktamadkan senarai kabinet sebelum sambutan Hari Merdeka pada 31 Ogos.
Selepas senarai kabinet itu dipersembah kepada Agong, majlis angkat sumpah dijangka akan diadakan secepat mungkin.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.