BERITA
By MT Webmaster On Aug 9, 2021
(Utusan) – Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Temerloh, Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar meletak jawatan daripada parti berkenaan berkuat kuasa serta merta.
Beliau membuat keputusan kembali ke pangkuan UMNO kerana yakin parti keramat itu menjadi tunjang perjuangan orang Melayu dan Islam.
Dalam kenyataannya, Tengku Azlan mengucapkan terima kasih kepada ahli dan perwakilan Bersatu Bahagian Temerloh kerana memilihnya pada pemilihan parti itu yang lalu.
Ekoran perletakan jawatannya dari Bersatu, Tengku Azlan menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan memilih menjadi Ahli UMNO Bahagian Paya Besar.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada Ketua UMNO Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman kerana sudi menerima saya sebagai ahli UMNO bahagian ini,” katanya.
Beliau dalam pada itu menyokong pendirian Wan Rosdy dalam isu perlembagaan baru-baru ini yang telah menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat.
“Sebagai rakyat, kita mesti mempertahan perlembagaan tanpa mengira fahaman politik.
“Kita seharusnya mendokong demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan seperti termaktub dalam Rukun Negara sesungguhnya Perlembagaan adalah institusi tertinggi dalam negara,” katanya.
Dilahirkan pada 21 Julai 1949, Tengku Azlan ialah bekas Ahli Parlimen Jerantut (1999 hingga 2013) dan pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri Pengangkutan serta Ketua UMNO Bahagian Jerantut.
Selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, Tengku Azlan mengejutkan ramai apabila jawatan Timbalan Menteri yang ditawarkan, telah ditolak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
bharian.com.my Rozdan Mazalan rozdan@bh.com.my PENJAGAAN kesihatan kepada pesakit diabetes wajar diberi keutamaan bagi mengelak risiko jan...
-
Oleh MALAYSIA DATELINE February 26, 2021 10:20 am Umno tetap dengan pendirian tidak akan bersama dengan Perikatan Nasional (PN) khasnya Ber...
-
freemalaysiatoday.com Ho Kit Yen -August 12, 2021 3:10 PM Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi ahli perniagaan dalam buruan Low Taek J...
-
Anne Muhammad Diterbitkan Hari ini 8:43 pagi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub menerima surat daripada Jemaah ...
-
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata demikian sebagai mengulas tindakan Gerakan Harapan Baru (GHB) yang diketuai oleh bekas T...
-
malaysiakini.com Hidir Reduan Abdul Rashid Diterbitkan: Mar 23, 2023 9:08 AM Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim menegaskan d...
-
agendaily.com 11/02/2023 Ketua Penerangan Bersatu Kelantan, Bahari Mohamad Nor mempersoalkan kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: May 2, 2023 12:40 PM Sebagai sebahagian daripada sekutu pakatan pilihan raya Pakatan Harapan-BN, Umno mahu pa...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: May 15, 2023 Bekas menteri agama Zulkifli Mohamad menggesa Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail me...
-
malaysiakini.com NS Ramli Diterbitkan: Mar 23, 2024 8:33 PM Penjawat awam boleh melupakan impian untuk memperoleh bantuan khas kewangan menj...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.