Saturday, August 14, 2021

Terkini – PM dijangka menghadap Agong Isnin ini, mesyuarat kabinet tergempar dibatalkan

by Berita Gerak Malaysia
August 14, 2021


KUALA LUMPUR, Ogos 14: Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, pada Isnin ini ketika kedudukannya sebagai perdana menteri terus menjadi perhatian ramai. Sumber berkata pertemuan berkenaan akan berlangsung menjelang tengah hari.

Ketika ini ada khabar angin yang bertiup kencang mendakwa Muhyiddin kini di ambang penghujung perkhidmatannya sebagai perdana menteri dan bakal melepaskan jawatan tidak lama lagi.

Muhyiddin kini berdepan dengan tekanan dari pelbagai pihak selepas didakwa kekurangan 11 ahli parlimen yang menyokongnya untuk membolehkan dia mendapat dukungan majoriti di parlimen. Muhyiddin bertegas enggan meletak jawatan atas alasan ketika ini tiada mana-mana ahli parlimen mendapat sokongan majoriti di parlimen untuk dilantik sebagai pengganti.

Susulannya, Muhyiddin dikritik dan dikecam kerana didakwa tidak berhak membuat pertimbangan berkenaan kerana kuasa menentukan sokongan tersebut adalah di tangan Agong sebagai ketua negara.

Pada masa yang sama, mesyuarat tergempar kabinet yang dijadualkan petang ini dikhabarkan telah dibatal. Sebaliknya Timbalan Presiden Bersatu, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu mempengerusikan mesyuarat parti di kediaman Perdana Menteri sebentar tadi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-