Diterbitkan 23 Aug 2021, 4:53 pm
Dikemaskini 5:01 pm
Tiada kerajaan campuran akan dibentuk dengan parti-parti pembangkang, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.
Katanya, kerjasama dengan pembangkang hanya melibatkan isu berkaitan Covid-19 dan pemulihan ekonomi melalui platform Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19.
Menurut rakaman video sidang media di Sungai Petani, Kedah, Ismail juga berkata tiada pemimpin pembangkang akan dilantik menganggotai kabinetnya yang akan diumumkan minggu ini.
“(Lantikan) kabinet tidak ada.
“Tiada kerajaan perpaduan yang melibatkan pembangkang,” katanya.
Setakat ini, katanya, kerajaan menerima respons menggalakkan dariapda pembangkang yang mahu tahu peranan ditawarkan pada mereka.
“Insya-Allah kita akan berjumpa dengan mereka, berbincang apa yang boleh,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.