Thursday, May 23, 2013

Ape yang menyebabkan Pakatan Rakyat tewas ............


Wak hairan, kenape pemimpin2 Pakatan Rakyat tidak pernah menyedari mengape sebab2 nye parti itu tewas pade PRU13 yang lepas. Sebenar nye ketike inilah peluang ke emasan bagi PR untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional dengan mudah.

PR telah pun berjaye melemahkan kerajaan BN dengan se cukup2 nye pade PRU12, make sampai lah mase nye bagi PR untuk memukul mati kerajaan BN pade PRU13 tadi. Tapi malang nye PR telah gagal untuk berbuat demikian.

Sebenar nye inilah mase nye PR untuk kembali berkumpul dan berunding ber same untuk mencari dimane kesalahan dan kesilapan nye semase menghadapi PRU13. Tidak perlu untuk PR menyalahkan mane2 pehak di atas kegagalan nye itu.

Dalam pemerhatian Wak Labu yang tidak begitu sempurne ni, Wak akan menyalah kan PR seratus peratus di atas kegagalan untuk menumbangkan kerajaan BN pade PRU13 tadi. Kesalahan2 tersebut akan Wak huraikan seperti di bawah ini.

Kesalahan pertame, PR gagal bertanding di bawah satu lambang parti - Parti Pakatan Rakyat, seperti mane kerajaan BN bertanding di bawah satu lambang parti iaitu 'dacing'.

Kesalahan kedue ialah tentang 'mulut celupar' pemimpin PR di  saat2 tibe bye PRU13. Sebagai contoh, apebile PAS sebut sahaje perkataan 'hudud' lantas mulut celupar karpal singh berteriak menentang nye. Dae banyak lagi perkare2 yang telah menggambarkan tentang tidak kesepakatan di antare PAS, DAP dan PKR.

Ketige ialah perkare yang sangat penting untuk di bincangkan dan diselesaikan dengan segere oleh PR. Perkare ini ialah pembahagian kerusi di antare PAS, PKR dan DAP. Pembahagian kerusi ini hendaklah di tentukan dan di muktamatkan sekarang juge. Jangan tunggu di saat2 akhir untuk penamaan calon.

Dalam agehan kerusi di antare PAS, PKR dan DAP sangat perlu di tentukan sekarang juge. Biar kite berkalahi sekarang jangan berkelahi ketike menjelang hari penamaan calon. Pade PRU13 yang lepas tadi, perkelahian merebut kawasan inilah yang banyak menyumbang kepade kekalahan PR.

Adelah lebih baik kite tidak menyalahkan kan mane2 pehak di atas kegagalan PR, salahkan diri sendiri, dan seterus nye memberbaiki segale kesalahan dan kesilapan kite. Mudah mudahan pade PRU14 nanti kite pasti akan memperolehi satu kemenangan yang cemerlang.

23 comments:

  1. Dah sedar pun ingat tak sedar lagi,sebelum PRU 13 bukan main riak lagi,akar umbi tunggang langgang menepis dan membetulkan kenyataan Bos kita.Cina telah beri k/jasama yang amat baik,tapi saya rasa datang PRU 14,mereka akan berubah saperti kaum India pada 2008.5 tahun panjang masanya dan bukan semua orang Cina muda belaka dan kaya.Kumpulan sasar ini lah yang mungkin beralih arah kerana merasa kesempitan hidup,tambahan banyak pusat perkhidmatan bagi kaum ini dah ditutup.Setakat mana DAP bolih membantu mereka,belum diketahui kerana di Tganu bila pihak negeri mula bercadang menutupnya,dah kedengaran kelohan rakyat.Kita mesti hadapi realiti hidup dan tentukan penyokong setia diberi perkhidmatan dan bantuan yang diperlukan

    ReplyDelete
  2. Tolong Be REALISTIC!Mmg PR X Akan Menang PRU13 Kali NI.Sebab...

    Oleh: MSK
    Dalam PRU 1999, orang Melayu lari meninggalkan Umno dan BN kerana kes Anwar. Terengganu terlepas ketangan PAS manakala Kelantan terus kukuh. Di Kedah, majoriti 2/3 dapat dihapuskan…tapi UBN masih dapat mengekalkan Putrajaya kerana undi orang Cina dan India. Cina, India dan SPR menjadi talian hayat kepada Umno.

    Selepas 1999, Umno tak percaya kat Melayu. Melayu tak boleh diharap…dan untuk mengekalkan kuasa, maka UBN menggunakan SPR untuk mengubah sempadan pilihanraya. Sempadan pilihanraya dimanipulasi dengan memastikan dalam setiap kawasan Parlimen atau DUN, mesti ada peratus-peratus tertentu undi Cina dan India.
    PRU 2004..Umno dan BN menang besar. Tapi masa tu mungkin kerana faktor Pak Lah. Lagi pun Mahathir yang dibenci oleh orang Melayu dah berundur.

    Nasib Pak Lah tak baik sebab isteri tersayang meninggal dunia..dan bila dapat bini baru..selalu la kerja overtime.

    Akibatnya, Pak Lah selalu tertidur dalam waktu kerja.
    Bila tiba PRU 2008, keadaan menjadi terbalik. Orang Cina dan India yang dianggap fixed-deposit bagi BN sudah berubah angin.

    Akibatnya, BN kehilangan lima negeri. Satu negeri berjaya dirampas balik dengan tipu helah.

    Tapi sekarang tak sama macam 1999. Lepas tahun 1999, Bn masih boleh mengubah sempadan pilihanraya dan menambah kerusi kerana depa masih lagi menguasai 2/3 Parlimen. Sekarang tak boleh! Undi Cina dan India pun sudah tidak boleh diharap.

    Hanya satu talian hayat yang tinggal yang boleh digunakan oleh Umno dan BN iaitu SPR.

    Selepas PRU 2008, SPr duduk termenung memikirkan apa nak buat untuk memastikan UBN terus berkuasa. Sapa yang fikir SPR adalah badan bebas untuk mengendalikan pilihanraya…mereka tergolong dalam kalangan orang-orang yang *******. SPR diwujudkan untuk memastikan BN terus berkuasa.

    ReplyDelete
  3. Nak tambah kerusi tak boleh. Nak ubah sempadan tak boleh. Tapi ada satu perkara yang boleh dibuat oleh SPR iaitu “Belah bahagi kawasan”.

    Benda ini dibuat sejak Jun 2009. Kalau dulu pengundi dipindahkan..sekarang lokaliti dipindahkan. Contohnya, kalau dulu lokaliti Taman Anggerik termasuk dalam Parlimen Kuala Kangsar, sekarang Taman Anggerik sudah berada dalam Parlimen Padang Rengas.

    SPR tak pindah pengundi..tapi bila lokaliti dipindahkan, maka secara otomatik pengundi-pengundi “terpindah”. oleh kerana lokaliti yang dipindahkan, maka pertambahan dan pengurangan pengundi tidak dimaklumkan dalam Daftar Pemilih Tambahan.

    Akibatnya, ramai la orang parti yang tak tau. Tup-tup..bila ada Pilihanraya Kecil..baru terpinga-pinga, “macam mana 14,000 pengundi sudah dipindahkan?”. Masa tu tak payah cakap dah..sebab bila tiba pilihanraya, apa yang SPR cakap adalah wahyu. Tak boleh dipertikaikan. Nak bising…bawa ke mahkamah. Tapi nak buat apa? pilihanraya dah habih.

    Sapa yang nak pantau apa yang SPR buat? Nak harap parti-parti politik..aku tak harap. Dulu Khalid Ibrahim pernah mengumumkan peruntukan sejuta ringgit untuk memantau SPR. apa yang dibuat dengan duit tu aku tak tau la…tapi bila nama Khalid Ibrahim sendiri kena pindah..baru ada akai!!

    SPR kata, apa yang depa buat ialah untuk menyelaraskan peta SPR dengan peta rasmi negara. Hei..SPR boleh bagi macam-macam jawapan. SPR juga kata “…menteri besar Selangor telah didaftarkan sebagai pengundi di Jalan 16/2 di Seksyen 16, Petaling Jaya, yang telah tersilap dimasukkan sebagai sebahagian daripada kawasan Petaling Jaya Selatan sebelum pembetulan sempadan itu dibuat.”
    Nak terima atau tidak jawapan SPR tu? Kalau tak mau terima..nak buat apa?

    Aku boleh terima la jawapan SPR tu sebab masa SPR buat belah bahagi kawasan dulu pun hangpa buat tak tau. Aku cakap pun bukan hangpa nak dengaq.

    Macam mana dengan kes yang ini pulak? Ini cuma satu contoh.
    Dalam PRU 2008, seramai 308 pengundi pos yang terdiri dari anggota polis dari IPD Teluk Intan mengundi dalam DUN Pasir Bedamar…manakala hanya 4 anggota polis yang mengundi secara pos dalam DUN Changkat Jong.

    Dalam PRU tersebut, DUN Pasir Bedamar dimenangi oleh DAP dengan majoriti 7914 undi..manakala DUN Changkat Jong dimenangi oleh PAS dengan majoriti 899 undi.

    Kalau hangpa jadi orang Umno..apa yang hangpa nak suruh SPR buat?
    DUN Pasir Bedamar tu mampuih pi la. Susah nak dapat balik. Tapi..daripada membazirkan undi di Pasir Bedamar..mengapa tidak dipindahkan pengundi yang dah gerenti mengundi BN ke Changkat Jong? BN hanya perlukan 450 undi baru untuk mengalahkan PAS!!

    Tapi kalau dipindahkan terus macam tu saja..nanti orang Pas tau pulak!! Jadi kena buat diam-diam. Dan yang paling selamat dipindahkan ilah undi Pos.

    ReplyDelete
  4. Langkah pertama ialah dengan menukarkan nombor kad pengenalan polis. Pasai apa ditukar..yang tu toksah risau..jawapan boleh dicipta.

    Pada akhir 2009, nombor-nombor anggota polis sudah siap ditukar didalam daftar pemilih. Masa tu orang tak perasan..sebab sapa yang nak check satu persatu?

    Masuk tahun 2010, pengundi pos yang terdiri dari anggota polis IPD Teluk intan ini ditukar ke DUN Changkat Jong. Tiba-tiba saja DUN Changkat jong mendapat 107 pengundi pos yang baru. Mai dari mana? Bukan ada balai polis baru!

    Check punya check..tengok-tengok anggota polis kat IPD Teluk Intan ditukarkan dari DUN Pasir Bedamar ke DUN Changkat Jong. Yang ni SPR nak cakap apa?

    Apakah sebahagian daripada IPD Teluk Intan sudah dipindahkan ke Sungai Kerawai dalam DUN Changkat Jong? Tak pelik ka…satu balai..tapi anggotanya mengundi di dua DUN yang berbeza?
    Kat bawah ni cuma sebahagian saja. Kalau nak senarai penuh..aku boleh bagi.



    Ini sikit saja..banyak lagi yang kita tak tau. Berapa ramai pengundi Pasir Bedamar yang telah dipindahkan ke Changkat Jong? Tu pasai aku masukkan DUN Changkat Jong sebagai salah satu DUN yang dimenangi oleh PR akan tumbang. Bukan pasai PAs tak bagus..tapi SPR punya kerja.

    Tu baru pindah pengundi pos. Macam mana pulak dengan pengundi baru? Berapa ramai pengundi baru di Perak?

    Jangan terkejut nanti kalau pertambahan pengundi baru di Perak ini lain macam. Kalau tengok gerakkerja, setiap majlis DAP depa akan buka kaunter pendaftaran pengundi baru. Tapi bila tengok statistik..kawasan DAP la yang paling kurang pertambahan pengundi baru di Perak.



    Macam mana boleh jadi macam ni?

    Tapi tengok pulak yang dibawah ni.



    SPr dah buat tak tau kat kawasan DAP sebab depa dah tak harap BN boleh menang. Apa yang depa boleh harap, ialah dengan memenangi kawasan-kawasan PKR dan PAS. Kawasan sedia ada diperkuatkan, manakala kawasan Pas dan PKR dikucarkacirkan.


    Apa yang kita nampak dalam statistik diatas hanyalah pertambahan pengundi secara keseluruhan. (jumlah sekarang tolak jumlah dulu). Tapi kalau dikaji dengan teliti lagi, baru kita boleh tau berapa jumlah yang pindah masu dan pengundi baru…dan berapa pula yang pindah keluar atau mati. Ambik contoh..di Simpang Pulai, jumlah pertambahan ialah 12.2% ataupun 4620 pengundi. Tapi berapa yang dipindah keluar dan berapa yang dipindah masuk?

    Lagi detail kita kaji..lagi banyak manipulasi SPR yang kita boleh bongkar. Kita akan tau macam mana kampung ini dipindah masuk DUN sana. Taman ini boleh dipindah masuk Parlimen sana.

    Kita mungkin ingat pengundi-pengundi kita masih sama sebab tengok jumlah pengundi masih 500 dalam satu UPU itu…tapi kita tak tau ada kemungkinan 500 yang dulu dikeluarkan dan 500 pengundi yang baru dimasukkan.

    Hangpa pi tanya depa yang teringin sangat nak jadi calon tu. Ada Daftar Pemilih terbaru tak?

    Aku yakin..ada tempat yang masih pakai Daftar Pemilih 2008. Kalau ada yang terbaru pun..ada dalam laci Ketua Cabang..
    Kalau nak tumbangkan Umno..kena tumbangkan SPR dulu. Tapi sapa nak buat kerja ni?

    Kalau takat AJK Cabang..aku tak harap. Pegang mouse pun ngetor.

    ReplyDelete
  5. Salam.Kekalahan PR sebenarnya adalah kerana Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang.Jika PR menang Anwarlah yg akan menjadi PM.Tak ada orang pun yg nak Anwar jadi PM kecuali org yg BUTA HATI.oleh kerana jika PR menang dan ANWAR yg akan jadi PM,sebab itulah pengundi tidak mengundi PR,Sekiranya bukan ANWAR yg mengepalai PR tentunya UMNO dah tersembam

    ReplyDelete
  6. Betul tu,selagi AI ada di dalam PR selagi tu gigit jari.Sekarang apa yang dia buat,demo dan yang mengikutnya adalah Cina muda lembik.Jangan ingat Polis buat dek aja,mereka sedang kumpul maklumat,silap langkah diheret ke Makhamah,didapati bersalah penjara atau disaman,silap haribulan hilang kelayakkan jadi ADUN atau MP.Cuba kita fikir tiada pun anggota Polis diaturgerak pada beberapa demo kali ini,sebabnya mereka tahu tahap mana kemampuan Cina apek ini.Kali ini kalau buat lagi demo macam siri Bersih,jangan ingat mereka akan tersenyum aja,silap silap tak cukup FRU,dia orang deploy UTK dan VAT 69.Kita tak payahlah ikut rentak AI ini kerana dah penat dah di lanyak orang sebelah sana,kalau tak setuju keputusan mengapa terima keputusan di Sgor,Png,Ktan dan kawasan yang dimenangi,sampai bila bolih bertahan.Harap orang atasan simpati dengan akar umbi.

    ReplyDelete
  7. AnonymousMay 22, 2013 at 9:40 PM dan AnonymousMay 22, 2013 at 10:10 PM org yg same ke? kahkahkah

    ReplyDelete
  8. Saya rasa mereka lain lain tapi mempunyai maksud yang sama tidak mahukan Anuar Ibrahim jadi PM.

    ReplyDelete
  9. Anon 8.42,
    Saya anon 10.10 dan saya setuju dengan komen anon 3.14.Seperkara lagi apa yang saya tulis di atas di mana saya nasihatkan jangan ingat Polis buat dek aja,sekarang ni mereka dah tunjuk taring.T/hari tadi Tian Chua,Harris Ibrahim dan Tamrin telah ditangkap.Jangan silap langkah undangx tetap undangx jika tak dipatohi tindakan akan di ambil.Mata rakyat sedang memerhatikan gelagat kita dan tidak keterlalauan saya nyatakan mereka dah rasa meluat terutama dengan Demo 505 yang dianggotai rata rata Cina dan yang terpalit sama adalah PKR dan PAS.

    ReplyDelete
  10. Mari lah kita sama2 solat hajat setiap hari..setiap malam..hanya pada Allah tempat mengadu..sedih2..tersangat lah sedih melihat keadaan ini..apa lagi yg mampu kita buat..Ya Allah..Ya Rahman ..Ya Rahim..Maha Mengetahui..Maha pengasih lagi Maha penyayang..beri lah pertolongan kepada hamba2 Mu yg teraniaya..tertipu..SesungguhNya tiada daya dan kekuatan melainkan kekuatan Mu jua ya Allah..tidak tertahan hamba mu melihat keangkuhan dan ksombongan mereka yg berkuasa itu...amin

    ReplyDelete
  11. Sdr,
    Tuhan hanya akan memakbulkan doa orang yang telah dianiayi,tapi saya tidak faham kenyataan sdr siapa yang sdr maksudkan yang angkuh,sombong dan berkuasa itu.Ada kemungkinan bala yang sdr terima itu hasil dari doa sdr yang tidak ikhlas atau tersasar.Wallahualam.

    ReplyDelete
  12. anon 10:48

    saya tidak nampak pun tulisan anon 9.04 memohon diturunkan bala....tetapi memohon pertolongan Allah bagi org2 yg teraniaya..kita manusia hanya merancang..Allah juga yg menentukan..semua ada hikmah disebaliknya.Allah memberi kita akal fikiran untuk berfikir dan mencari kebenaran..jangan awak anon 10:48 pm hanya membaca utusan malaysia nengok buletin utama TV3 sahaja.. cari lah berita2 lain berfakta dan adil..sebelum membuat tuduhan.
    Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui..Waulahualam

    ReplyDelete
  13. Sori, i dont wish to pry but by the sound of it hanye DSAi je setakat ini yg layak jadi PM. Hj hadi belum layak. Undian majoriti rakyat PR di laman web bahkan dikalangan pemimpin PR teguh memilih DSAi. Kalau ade yg rase layak sila ke depan. Jgn hide n seek shj..

    ReplyDelete
  14. Anon 1.00
    Masaalahnya sekarang di Malaysia ini siapa yang yang hidupnya dizalimi atau dianiayai.Sdr jangan pandai menasihat orang lain mendapat berita berfakta dan adil,apa yang kita buat ini melayari blog bukankah mencari fakta.Saya juga turut baca Harakah dan Suara Keadilan,tetapi amat sedih isi kandongan,tidak banyak kebenaran bolih saya simpulkan di sini,maklumat yang benar hanyalah waktu waktu Solat.Adakah saya buat tuduhan,fahamkah sdr apa itu kemungkinan.Buka lah mata dan lihatlah sekeliling sdr adakah Kjan melakukan satu satu perkara yang bertujuan meyusahkan rakyat,tapi sebalik siapa yang buat kacau bilau.Sekali lagi ingin saya nyatakan Doa yang ALLAH makbulkan adalah doa orang orang yang dianiayi. Saya rasa sdr kita di atas itu tidak berlaku adil dan menzalimi diri beliau sendiri dengan menyempitkan fikiran dan tidak mahu menerima kenyataan.Seharusnya beliau bersyukur ke atas apa yang telah dianugerahkan olih ALLAH ia itu keamanan di negara kita yang diterajui Kjan pada hari ini,kerana dengan adanya keamanan ini kita bolih beramal lagi dengan tenteram.Waulahualam

    ReplyDelete
  15. anon 7:46

    Ingin saya nak brtanya satu soalan..

    adakah DSAI tidak dianiayai???berdasarkan fakta dan logik akal yg Allah beri pada kita..apa jawapan awak...

    Yang lain2 awak fikir lah sndiri..awak mungkin hidup senang tetapi tidak rakyat yg susah..

    ReplyDelete
  16. Sdr,Anuar aka Rear Admiral dianiaya?
    Berdasarkan logik dan fakta akal yang ALLAH anugerah pada saya ini jawapan saya,
    1.Ditendang dari UMNO kerana perangai peribadi buruk.
    2.Disumbat di pejara atas kes perasugut Umi.
    3.Terlepas kes liwat 1 atas alasan teknikal tetapi ketiga tiga Hakim mengakui ada penetrasi berlaku.
    4.Terlepas kes liwat 2 atas alasan teknikal juga tapi jangan cofident sangat kes mnasih berjalan.
    5.Kebanyakkan kes buruk beliau berlaku di atas perlakuan buruk beliau,kes Chinadoll,Penipuan 16 Sep,memburukan Kjan di luar negara,menyokong LGBT,memberi sokongan kpd Yahudi menyerang Pelestine dan banyak lagi yang tidak memberi keuntunggan pada negara dan rakyat.
    Saya nak tanya adakah dan dimanakah rakyat kita hidup susah.Sebagai contoh cuba sdr lihat sendiri gaya hidup yang sdr sebut rakyat yang dianiayi dan dizalimi.Rumah Banglo 7juta,kereta tak payah nak katakan,semua first class.Yang hidup susah mungkin rakyat yang bangang yang rela ditunggangi olih Rear Admiral ini,ialah buang masa berdemo,melalak di sana sini,berpanas,berjegang mata dan mehadpi risiko ditahan dan dilokap.Olih itu,di kesempatan ini saya ingin sdr berfikir...fikir..fikirlah sendiri adakah berbaloi sdr mempertahan Biawak Hidup ini.Waulahualam.

    ReplyDelete
  17. anon 12:48

    memang kesian kat awak..kerana akal fikiran yg dangkal..trpulang lah pada awak sndiri..bersubahat dan mengiakan fitnah trhadap DSAI..terima lah balasan dari Allah.
    hujah awak hujah yg direka..tidak masuk akal.

    mudah2an awak brtaubat dan minta maaf dgn DSAI..
    yg selebih nya awak fikir sndiri..tiada guna menasihat mahluk spesis awak ini.

    Moga Allah melindungi saya sekelurga dan rakyat M'sia dari fitnah dunia akhir zaman yg dasyat ini...amin

    ReplyDelete
  18. Allah senantiasa melindungi umatnya yang tahu bersyukur,berterima kasih dan tidak bersubahat dengan orang yang kaki pembohong,penipu dan merosakkan dan melaga masyarakat terutama sesama Islam.Saya setiasa Bertaubat siang dan malam dan walau pun saya dicaci olih sdr,tapi saya tidak akan berhenti menasihatkan sdr agar pulang ke pangkal jalan dan kita sesama Islam saya tetap berdoa agar ALLAH sentiasa melindongi kita umat Islam dari segala mala petaka di dunia dan akhirat.Walallahualam.

    ReplyDelete
  19. anon 7:44

    saya tidak mencaci awak..cuba baca betul2 dari awal..tetapi awak lah yg mula membuat provokasi..awak menuduh dsai seorang berperangai buruk..peliwat dan penzina...MasyAllah..awak nampak ker dgn mata kepala awak..jgn sama menuduh..besar dosa nya..Sesungguhnya Allah jua yg maha mengetahui..
    Fikirlah secara logik akal..org tua meliwat org muda...bodoh sgt lah org muda itu membiarkan nya..fikir2kan lah..
    maafkan saya sekiranya terlanjur kata..Sesungguh nya yg baik itu dari Allah dan kesilapan itu dari diri sendiri..Waulahualam

    ReplyDelete
  20. anon 12:48 pm

    masih ramai rakyat yg hidup susah..contoh nya lihat lah program bersama mu ditv3..tuan hidup senang lenang memang tak kan nampak kesusahan rakyat...lebih2 lagi org umno..mana ada yg hidup susah..

    adakah buletin utama tv3 yg setiap waktu mengutuk pembangkang itu tidak merosakan fikiran rakyat?..tuan tidak adil ..menilai sebelah pihak saja.

    mengapa Allah membuka hati sebegitu ramai rakyat m'sia yg menghadiri perhimpunan aman PR..brpuluh2 ribu yg hadir..kalau benar seperti yg tuan katakan diatas ...mengenai akhlak pemimpin pembangkang itu..pasti rakyat tidak akan hadir menyokong??

    ReplyDelete
  21. Anon 10.07,
    Sekali baca komen anda,saya bolih rumuskan sdr hipokrit.
    1. Adakah yang ditayang di dalam TV3 itu semua orang PAS dan PKR saja yang miskin.Yang dipamerkan adalah Rakyat tak kira fahaman politik ini tyermasuk UMNO,DAP,MCA,MIC dan lain lain lagi.
    2.Kata boikot TV3 tidak adil tapi tengok juga.Di mana letaknya ke tidakadilan yg saudara maksudkan?.Adakah anda dansekutu anda ditahan kerana baca Harakah,Keaadilan Daily dan Roket.Ada kah sdr diseksa kerana baca blog dan buat komen saperti yang sdr lakukan sekarang.
    3, Berapa juta hati rakyat yang ALLAH bukakan untuk turut berdemo,tak sampai 1% drpd total popolasi negara.Sekarang ini pun yang berdemo kebanyakkan dari Mata Sepet,kerana mereka frust telah ditipu olih Rear Admiral.Setengah Melayu yang hadir ada lah jenis yang hati mereka sudah tertutup untuk menerima kenyataan.Orang bijak ada berkata biar buta mata jangan buta hati.Pihak Polis pun tak kisah dengan demo sekarang,tidak ada Polis di aturgerak,depa relax aja sebab tahu akan kemampuan pendemo,tapi saorang demi sorang diheret ke makhamah kerana melanggar undangx negara.
    Untuk Anon 9.46.
    Saya sudah bentangkan hujah saya,terpulanglah untuk sdr hendak menerimanya,tetapi saya tetap dengan pendirian saya yang perangai Anuar tetap jijik sejak beliau di MCKK lagi.Saya tidak provok sdr,tapi sdr inginkan penjelasan dari saya,maka saya bentangkan fakta fakta secara umum.Sepekara ingin saya sangkalkan kenyataan anda mengenai keupayaan orang tua meliwat,dengan keaadan sekarang terutama di dunia perubatan,perkara ini tidak mustahil berlaku,tak kan sdr tak baca iklan dalam Harakah.Saya setuju dengan sdr yang baik itu semua dari ALLAH,Tetapi yang buruk itu memang susah hendak dikesan olih diri sendiri melainkan ada pihak kedua yang memberitahunya.Walallahualam.

    ReplyDelete
  22. anon 11:54 am

    membaca tulisan tuan yg kurang cerdik dan hanya mendapat info dari utusan dan buletin utama..saya juga dpt merumuskan tuan memang seorg umno tegar..trpulang lah pada pendirian masing2..dulu say juga penyokong kuat BN tetapi selepas pemecatan dan fitnah liwat trhadap DSAI..saya mencari dan membaca semua berita..fikir dgn akal yg waras ..Alhamdulillah Allah Maha Pengasih..saya dpt membezakan yg mana benar dan yg mana palsu..
    Apa kah tuan juga tidak terfikir mengapa ulama spt TGNA , Haron Din menyokong DSAI.

    Sepanjang hidup DSAI untuk membela rakyat..tidak semua org sanggup hidup spt nya..apa jenis fitnah yg tidak dilemparkan kpd DSAI????

    Tuan kata perangai anwar jijik...terpulang lah pada diri tuan sndiri..saya tidak akan sama sekali bersubahat dan memanjangkan fitnah saudara itu...Nauzubillah.

    SesungguhNya Allah Maha Mengetahui.
    Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

    ReplyDelete
  23. Sdr
    Inilah masaalah sdr suka membuat spekulasi.saya tidak menjadi mana mana parti kerana dari dulu lagi profesision tidak menmebenarkan saya terlibat.Betul ke TGNA,Haron Din sokong DSAI kerana beliau bersih dari meliwat,menipu dan lain lain onar atau untuk kepentingan politik saja.Mana punya Ulamak yang bolih megampunkan dosa,meyatakan pahala tidak diterima tuhan,banyak lagi fatwa yang megelirukan di mana perkara saperti ini adalah hak mutlak ALLAH.
    Cuba sdr terangkan apa benda yang DSAI buat untuk membantu rakyat selain mengajar anak muda kurang ajar dan menyusahkan orang lain kerana kumpulan mereka asyik berdemo,memburukkan negara di luar negara,dan lain lain yang tidak menguntungkan.
    Saya tidak ajak sdr bersubahat dengan saya,itu terpulanglah pada sdr kalau masih ingin diri ditipu,kerana kjaan kita mengamalkan demokrasi dan spesis DSAI saja tidak mengaku ia nya wujud,tapi Png,Ktn dan Sgor terima pula keputusan.
    Sesungguhnya ALLAH maha mengetahui,setuju,tetapi ALLAH juga menganugerahkan kita akal fikiran,panca indera untuk menimbangkan yang mana baik dan yang mana buruk untuk dijadikan pendoman hidup.Sdr telah memilih cara sdr dan saya pun telah membuat keputusan saya,sama samalah kita berdoa agar hidup kita sekelurga senantiasa diberkati ALLAH.Walallahualam.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-