Tuesday, July 12, 2022

Dokumen perjanjian dengan Ismail Sabri tular dalam media sosial

agendaily.com
12/07/2022
Tular dalam media sosial ketika ini dokumen berhubung perjanjian yang dimerterai dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai syarat untuk menyokongnya sebagai Perdana Menteri dengan Bersatu dan PAS.

Dokumen yang tular dalam platform media sosial Facebook mengesahkan terdapat terma berhubung jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM), disamping perlu mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) selewat-lewatnya pada Julai tahun ini.

“Pihak-pihak bersetuju jawatan Timbalan Perdana Menteri diserahkan kepada Ahli Parlimen yang ditetapkan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), manakala jumlah anggota Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri yang diperuntukkan kepada parti-parti dikekalkan.

“Hanya perubahan portfolio akan ditentukan melalui perbincangan bersama,” menurut dokumen yang tular tersebut.

Ia sekaligus membuktikan kenyataan mantan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Bersatu sebelum ini berhubung kewujudan perjanjian tersebut adalah sahih, ia walaupun terdapat pihak-pihak yang cuba mempertikaikannya.

Perjanjian tersebut juga ditandatangani dua saksi iaitu Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa.

Selain perjanjian untuk melantik TPM, turut dipersetujui adalah berhubung isu pembubaran Parlimen.

“Perdana Menteri yang baharu dilantik juga hendaklah memberikan akujanji akan mengadakan rundingan dan mencapai suatu persefahaman dengan pihak-pihak sebelum menentukan tarikh pembubaran Parlimen ke-14 yang akan diadakan selewat-lewatnya pada bulan Julai 2022 atau mana-mana tarikh yang dipersetujui bersama,” menurut dokumen itu lagi.
Semalam, Muhyiddin juga memberitahu draf perjanjian tersebut digubal oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan bersama Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

“Jadi, mungkin Tok Guru boleh memeriksa kembali dengan Takiyuddin. Beliau sendiri yang sebenarnya adalah draftman kepada perjanjian itu. Itu kenyataan yang sebenarnyalah.

“Kesemua pimpinan tertinggi PN tahu mengenai itu dan kehadiran kita (Perikatan Nasional) dalam kerajaan sekarang ini pun atas dasar PN. Bukan atas nama parti sahaja,” katanya berhubung perkara perjanjian itu.

Muhyiddin menjelaskan berhubung isu perjanjian yang termaktub antara Ismail Sabri dengan PN, ia termasuk jawatan TPM dan beberapa perkara lain yahg termasuk dalam perjanjian tersebut.

Terdahulu, manta Ketua Setiausaha Sulit Muhyiddin ketika menjadi PM, Datuk Dr Marzuki Mohamad tampil mengesahkan wujud perjanjian berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-