malaysiakini.com
Bernama
Diterbitkan: Jul 1, 2022 10:27 PM
Ismail Sabri Yaakob menegaskan beliau adalah Perdana Menteri daripada Barisan Nasional (BN), justeru sebarang tindakan menyerangnya bermakna melemahkan kepimpinan gabungan politik itu.
Ismail Sabri berkata beliau juga adalah perdana menteri yang memimpin kerajaan persekutuan pada masa ini dan sebarang perbuatan menyerang kerajaan adalah umpama menyerang kerajaan pimpinan BN.
"Sebenarnya malam ini saya tidak berucap, sepatutnya saya diberi slot esok (di Konvensyen BN Sabah) tetapi saya minta maaf tidak dapat hadir… saya berucap malam ini walaupun lima minit sebab dah ada orang kata perdana menteri disekat daripada berucap di Konvensyen BN Sabah.
"Apa berlaku malam ini jelas menunjukkan bahawa pihak di luar sedang cuba memecahbelahkan perpaduan sesama kita," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Ahli Dewan Tertinggi BN Bersama Kepimpinan BN Sabah di Bangunan Umno, Karamunsing malam ini.
Turut hadir Pengerusi BN Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Pengerusi BN Mohamad Hasan, Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah Arthur Joseph Kurup dan Pengerusi BN Sabah Bung Moktar Radin.
- Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
bharian.com.my Rozdan Mazalan rozdan@bh.com.my PENJAGAAN kesihatan kepada pesakit diabetes wajar diberi keutamaan bagi mengelak risiko jan...
-
Oleh MALAYSIA DATELINE February 26, 2021 10:20 am Umno tetap dengan pendirian tidak akan bersama dengan Perikatan Nasional (PN) khasnya Ber...
-
freemalaysiatoday.com Ho Kit Yen -August 12, 2021 3:10 PM Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi ahli perniagaan dalam buruan Low Taek J...
-
Anne Muhammad Diterbitkan Hari ini 8:43 pagi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub menerima surat daripada Jemaah ...
-
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata demikian sebagai mengulas tindakan Gerakan Harapan Baru (GHB) yang diketuai oleh bekas T...
-
bebasnews.my By Editor -02/09/2024 By Ghafar Mohamad ANWAR Ibrahim’s leadership should be criticized for not understanding or appreciating ...
-
malaysiakini.com Hidir Reduan Abdul Rashid Diterbitkan: Mar 23, 2023 9:08 AM Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim menegaskan d...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: May 15, 2023 Bekas menteri agama Zulkifli Mohamad menggesa Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail me...
-
malaysiakini.com NS Ramli Diterbitkan: Mar 23, 2024 8:33 PM Penjawat awam boleh melupakan impian untuk memperoleh bantuan khas kewangan menj...
-
agendaily.com 11/02/2023 Ketua Penerangan Bersatu Kelantan, Bahari Mohamad Nor mempersoalkan kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.