Monday, July 11, 2022

Sambutan luar biasa semasa Kenduri Rakyat anjuran PN di Perak

agendaily.com
11/07/2022
Kenduri Rakyat Aidiladha anjuran Perikatan Nasional (PN) Perak di Manjoi, Perak

Kehadiran rakyat Perak pada majlis Kenduri Rakyat Aidiladha anjuran Perikatan Nasional (PN) Perak di Manjoi, Perak hari ini adalah petanda sokongan padu rakyat kepada PN.

Pengerusinya,Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kehadiran orang ramai yang berpusu-pusu memeriahkan majlis tersebut amat membanggakan.

“Satu yang saya ingat amat membanggakan kerana kehadiran yang sebegini ramai, meriah.

“Ini satu petanda baik bahawa PN sudah semakin diterima rakyat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di majlis berkenaan.

Bekas perdana menteri itu berkata, walaupun PN adalah parti baharu, penerimaan rakyat terhadap parti amat memberangsangkan apatah lagi yang berdiri di atas integriti dan mengambil berat dalam menyelesaikan masalah rakyat.

“Kami berdiri di atas prinsip integriti, kita melihat tentang masalah rakyat, isu yang berkaitan dengan soal ekonomi, sebab itu dalam langkah-langkah kehadapan kita berpendapat kurangkan politik, turun ke akar umbi, mendengar masalah rakyat.

“Soal pekerjaan, soal meningkatkan pendapatan, soal mengurangkan bebanan mereka, ini akan jadi perhatian PN dalam masa-masa hadapan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, mengulas mengenai kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mempertimbangkan penggunaan logo baharu yang sesuai untuk digunakan pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) akan datang, Muhyiddin berkata, ia merujuk kepada perbincangan penambahbaikan logo PN.

“Maksud beliau adalah keputusan yang dibuat oleh Majlis Tertinggi PN dua minggu lalu, yang mencadangkan PN membuat perubahan logo.

“Sebelum ini di dalam perkataan, mungkin kita akan menggunakan logo. Ada penambahbaikan, ini pun dah baik, tetapi nak diperbaiki lagi. Sama ada warna ini akan terus dikekalkan, atau logo yang sesuai akan diperkenalkan,” katanya. 

Kredit Artikel SatuBerita

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-