20/07/2022
Setakat ini, Dewan Rakyat tidak menerima sebarang sebarang usul undi percaya dikemukakan di Dewan Rakyat terhadap Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menurut sumber.
Usul berkaitan tersebut tidak dikemukakan mana-mana ahli dewan (Ahli Parlimen) sama ada di sebelah pihak kerajaan atau blok pembangkang, ia secara tidak langsung membuktikan kerajaan Ismail Sabri masih stabil dan mempunyai majoriti yang kukuh di Parlimen.
Menurut sumber di sebelah pembangkang memberitahu, usul undi percaya tidak dikemukakan memandangkan komitmen Ismail Sabri yang diberikan berhubung janji dimerterai dalam memorandum persefahaman (MoU) dipersetujui akan dihormati dan akan dilaksanakan pada sidang yang berlangsung kali ini.
Antara janji menjadi tumpuan pembangkang adalah melibatkan undang-undang menghalang mana-mana wakil rakyat daripada bertukar parti yang difahamkan bakal dibentang pada sidang dewan kali ini.
Rang Undang-Undang (RUU) tersebut menjadi intipati utama dalam perjanjian MoU sebelum ini antara Pakatan Harapan (PH) dan kerajaan, ia bakal dibentang buat kali pertama selepas Kabinet mengumumkan kelulusan untuk membawanya dibahaskan pada sidang kali ini.
Sementara itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim juga semasa Kongres partinya pada hujung minggu lalu sudah memberikan isyarat kesediaan untuk menyambung MoU 2.0 sekiranya Ismail Sabri berhasrat meneruskannya, jadi difahami mengapa usul undi percaya tidak dibawa mana-mana wakil pembangkang pada kali ini.
Bagi sebelah kerajaan, semua ahli dewan setakat ini memberikan kepercayaan kepada Ismail Sabri untuk sekurang-kurangnya mentadbir kerajaan sehingga hujung tahun apabila semua isu melibatkan kepentingan rakyat diselesaikan secara sepenuhnya.
Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen ke-14 akan berlangsung selama tiga minggu yang bermula pada Isnin (18 Julai).
Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 dan Mengenai Peruntukan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti itu dijangka dibentang atau diletakkan di atas meja Ahli Dewan Rakyat pada Isnin untuk dijadikan rujukan mereka.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam kenyataan, rang undang-undang itu dicadang untuk dibahaskan pada 27 dan 28 Julai, tertakluk kepada budi bicara Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Beliau berkata sebelum itu, libat urus Bahagian Hal Ehwal Undang-undang dan Jabatan Peguam Negara (AGC) bersama Ahli Dewan Rakyat kerajaan akan diadakan pada 25 Julai dan libat urus bersama Ahli Dewan Rakyat pembangkang pada 26 Julai.
Setelah mendapat kelulusan Dewan Rakyat dan Dewan Negara, rang undang-undang itu akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong antara 11 dan 26 Ogos untuk diperkenankan dan pewartaannya dijangka dilaksanakan antara 29 Ogos hingga 2 Sept ini.
Rang undang-undang itu merupakan antara perkara dipersetujui dalam MoU Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan dan PH pada September tahun lepas bagi membentuk satu kerjasama dwipartisan dengan mendukung semangat Keluarga Malaysia.
Dalam pada itu, isu kos sara hidup dijangka menjadi topik perbincangan terutama menerusi soalan Ahli-Ahli Parlimen pada persidangan itu setelah terdapat cadangan daripada PAS supaya sidang khas Parlimen diadakan bagi membincangkan perkara itu.
Selain itu, bacaan kali kedua dan ketiga bagi sembilan rang undang-undang dalam senarai Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat lepas yang ditangguhkan dijangka dibawa ke persidangan kali ini.
Rang undang-undang itu adalah Rang Undang-Undang Perhutanan Negara (Pindaan) 2022; Rang Undang-Undang Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021; Rang Undang-Undang Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah (Pindaan) 2021 dan Rang Undang-Undang Antigangguan Seksual 2021.
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Pembubaran) 2021; Rang Undang-Undang Racun (Pindaan) 2022; Rang Undang-Undang Kawalan Padi dan Beras (Pindaan) 2022; Rang Undang-Undang Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (Pindaan) 2022 dan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2020 yang ditangguhkan berdasarkan Peraturan Mesyuarat 62 Dewan Rakyat.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.