Thursday, July 21, 2022

Video 'Melayu malas' - Pemilik kelab komedi akan didakwa esok

malaysiakini.com

Diterbitkan: Jul 21, 2022 5:55 PM
Pemilik Kelab Komedi Crackhouse Rizal Van Geyzel yang mendapat perhatian baru-baru ini berhubung jenaka yang menyentuh Islam akan didakwa di mahkamah esok.

Menurut kenyataan Bukit Aman, dia akan menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia di Mahkamah Sesyen Jenayah Siber Kuala Lumpur pada jam 9 pagi.

Difahamkan dia akan dikenakan tiga pertuduhan di bawah undang-undang, yang menetapkan kesalahan berhubung penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian, berhubung video yang dikatakan memaparkan Rizal didakwa membuat jenaka mengenai stereotaip kaum.

Dalam klip video selama satu minit yang tersebar dalam talian, dipercayai dari 2018, Rizal dilihat bercakap mengenai Malaysia mempunyai stereotaip kaum Melayu, India dan Cina.

"Kami ada beberapa stereotaip, (bahawa) semua orang India datang dari Klang. Itu tidak benar. Ada di antara mereka juga tinggal di Jalan Gasing ok," katanya yang menghiburkan penontonnya.

"Saya cuma cakap, jaga fakta. Sesiapa pun boleh datang ke sini dan kata semua orang Melayu malas bekerja. Itu tidak betul. Ada di antara kita yang tak ada kerja pun.

"Sesiapa sahaja boleh datang ke sini dan (kata) macam-macam stereotaip. (Itu) orang Cina semua kedekut dan asyik memikirkan pasal duit saja... sebenarnya itu juga benar la," kata Rizal.

Kelab Komedi Crackhouse mendapat sorotan serius baru-baru ini berhubung persembahan kontroversi yang menyentuh Islam, membawa kepada penahanan serta cpendakwaan terhadap seorang wanita dan teman lelakinya.

Rizal kemudiannya turut dikaitkan juga apabila beberapa video lama persembahan komedi kontroversi mula muncul semula. Dia ditangkap oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman pada 14 Julai lalu dan ditahan reman.

Beberapa hari kemudian, kelab komedi itu telah dirosakkan manakala Rizal menerima ugutan bunuh yang dihantar melalui isterinya. Polis percaya dua kejadian itu ada kaitan.

[Baca berita asal]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-