Wednesday, August 24, 2022

Najib hadir lagi ke mahkamah esok, lusa

bharian.com.my
Oleh Ahmad Johari Mohd Ali
ajohari@bh.com.my
 - Ogos 24, 2022 @ 7:30pm
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
- NSTP/MOHD FADLI HAMZAH

KUALA LUMPUR: Baru dua hari menjalani hukuman penjara, Datuk Seri Najib Razak akan hadir di Mahkamah Tinggi di sini, esok, bagi menghadapi perbicaraan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.28 bilion.

Difahamkan, Perintah Kehadiran (OTP) sudah dikeluarkan oleh pihak mahkamah supaya bekas Perdana Menteri itu menghadiri perbicaraan berkenaan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Najib berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Prosiding esok akan bersambung dengan mahkamah mendengar keterangan bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, yang akan diperiksa semula oleh pendakwaan.

Sehari kemudian, Najib sekali lagi akan dibawa dari penjara ke Mahkamah Tinggi bagi perbicaraan dakwaan kes pindaan terhadap laporan akhir pengauditan 1MDB sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi mengelakkan sebarang tindakan diambil terhadapnya.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy pula didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan berkenaan bagi melindungi Ahli Parlimen Pekan itu daripada tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-