Monday, August 22, 2022

Syarikat milik isteri menteri ‘seleweng’ RM243 juta dana projek LCS, dakwa Rafizi

freemalaysiatoday.com
FMT Reporters
-August 22, 2022 1:45 PM
Rafizi Ramli mendakwa, syarikat terbabit, yang dilantik sebagai perunding teknikal dan pembekal alat ganti bagi projek LCS, menghantar invois bagi kerja-kerja yang tidak dilaksanakannya.

PETALING JAYA:
Isteri seorang menteri persekutuan dinamakan sebagai pemilik dua syarikat yang didakwa menyeleweng dana projek kapal tempur pesisir (LCS) bernilai RM9 bilion.

Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli berkata, kedua-dua syarikat itu mempunyai nama yang serupa dengan sebuah syarikat Perancis. Syarikat-syarikat tersebut telah didaftarkan sebagai syarikat luar pesisir di Malta dan Labuan.

FMT tidak akan mendedahkan nama pegawai itu, yang pernah berkhidmat sebagai timbalan menteri pertahanan, dan isterinya sementara menunggu komen.

Syarikat isteri individu tersebut, yang dilantik sebagai perunding teknikal dan pembekal alat ganti, menghantar invois bagi kerja-kerja yang tidak dilaksanakannya, kata Rafizi. Akibatnya, sebanyak RM243 juta diseleweng.

“Hakikat bahawa skim-skim menyelewengkan dana LCS menggunakan syarikat-syarikat palsu yang dimiliki oleh timbalan menteri pertahanan pada ketika itu bukanlah satu kebetulan,” katanya.

Rafizi berkata, beliau telah menuntut penjelasan daripada menteri pertahanan ketika itu Ahmad Zahid Hamidi, dan kemudian perdana menteri Najib Razak kerana “mustahil” sebarang penyelewengan dana boleh berlaku tanpa pengetahuan mereka.

BERITA LANJUT MENYUSUL

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-