malaysiakini.com
Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan: Sep 1, 2022 4:20 PM
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman 10 tahun penjara terhadap Rosmah Mansor dan denda RM970 juta selepas didapati bersalah atas tiga tuduhan rasuah membabitkan projek tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.
Hakim Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan.
Jika gagal membayar denda tersebut, Rosmah perlu menjalani hukuman penjara tambahan 30 tahun.
Zaini bagaimanapun membenarkan permohonan Rosmah untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.
Rosmah yang hadir dengan memakai baju kurung berselendang kuning kelihatan menangis teresak-esak ketika berucap di mahkamah, sejurus sabitan dibaca di hadapannya.
Mengikut pertuduhan pertama, Rosmah, 71, didakwa meminta suapan untuk dirinya sendiri sebanyak RM187.5 juta, yang dibuat melalui bekas pegawai khasnya Rizal Mansor, iaitu 15 peratus nilai kontrak daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn. Bhd, Saidi Abang Samsudin.
Wang berkenaan sebagai balasan bagi membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan serta Operasi Genset/Diesel bagi 369 Sekolah Luar Bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menerima rasuah berjumlah RM1.5 juta daripada Saidi sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan projek itu di No 11, Jalan Langgak Duta, Taman Duta , pada 7 September 2017.
Rosmah didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.
Sabit kesalahan, ia memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.
Bagi pertuduhan ketiga, Rosmah didakwa menerima suapan RM5 juta daripada Saidi menerusi Rizal kerana membantu Jepak Holdings mendapatkan projek serupa di tempat yang sama di Jalan Langgak Duta.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
mykmu.net January 17, 2021 KETUA Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang mempersiapkan pasukan peguam bagi mencabar Pengisytiharan Daru...
-
Amat malang bagi umat Islam di negeri ini, khususnya kakitangan awam yang selama ini menghadiri kuliah mingguan setiap hari Sabtu di Se...
-
freemalaysiatoday.com FMT Reporters -September 1, 2022 7:02 PM Azalina Othman Said dilantik sebagai penasihat khas perdana menteri pada 2 O...
-
malaysiakini.com Hidir Reduan Abdul Rashid Diterbitkan: Sep 1, 2022 4:20 PM Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman 10 tahun penjar...
-
"31 DECEMBER 2012 Buku berkaitan penukaran akuan bersumpah Bala mula tersebar KUALA LUMPUR 31 Dis: Buku yang berkaitan dengan pe...
-
bharian.com.my Oleh Ahmad Johari Mohd Ali ajohari@bh.com.my - September 1, 2022 @ 4:43pm Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohamed Zaini ...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Sep 1, 2022 12:35 PM Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Lokman Noor Adam, 49, mengaku tidak bersal...
-
ismaweb.net Athirah Huda Zalhe Harap lebih ramai perasuah, kleptokrat terima hukuman setimpal BANGI, 4 Safar 1444H, Khamis – Bekas Menteri ...

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.