Thursday, January 26, 2023

Kemasukan HDB beri ancaman kepada orang Melayu, Islam: Penyelidik IRIS

Kampung Melayu dihapus secara paksa, kondominium mewah dibina tapi kaum lain yang untung
ismaweb.net
zuhayati
Oleh Zuhayati Yazid

BANGI, 4 Rejab 1444H, Khamis – Tindakan kerajaan membawa masuk pakar daripada agensi perumahan Singapura, Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dibimbangi akan menjadikan negara kehilangan identiti termasuk hak orang Melayu sendiri seperti yang berlaku di Singapura ketika ini.

Pandangan berkenaan disuarakan oleh penyelidik IRIS Institute, Fahmi Bahrudin yang menyifatkan tindakan berkenaan merupakan ancaman kepada negara sehingga boleh menggugat keadaan dari sudut keharmonian kaum dan juga kedudukan negara Islam di negara ini.

Malah, beliau berpandangan ia seolah-olah mahu menyamakan kedudukan Malaysia seperti di Singapura yang menjadi lokasi untuk pemimpin negara mencapai agenda mereka.

“Kita tidak mahu apa yang berlaku di Singapura akan beralih kepada Malaysia apabila masyarakat Melayu mereka disingkirkan, tanah-tanah hak orang Melayu dirampas secara paksa oleh pemerintah, walaupun dibayar namun dengan harga yang tidak berbaloi.

“Tidak nafikan secara realitinya HDB boleh menyelesaikan masalah perumahan dalam negara termasuk menawarkan harga rumah yang lebih murah.

“Tetapi dari sudut pembangunan yang dibuat apa pula terasnya adakah sekadar untuk menyelesaikan masalah kaum atau menumpukan ekonomi sehingga mengenepikan identiti dan budaya di negara ini,” katanya ketika menjadi panel dalam program Dimensi di TV Pertiwi: ‘Muslihat DAP Kuasai PBT’, hari ini.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, di Singapura hak orang Melayu hilang apabila kampung-kampung Melayu dijarah sedikit demi sedikit sekali gus menyebabkan identiti masyarakat semakin terhapus.

Katanya, di Singapura pemimpin negara menghapuskan kampung Melayu dan membina kondominium mewah namun mengehadkan hanya 20 peratus sahaja yang layak diduduki Melayu manakala 80 peratus lagi didiami kaum Cina.

“Dan tak mustahil Malaysia juga akan menjadi seperti itu sekiranya HBD diberikan peluang yang sama,” katanya.


Fahmi menjelaskan, kepakaran HBD bukan perkara baharu bagi DAP kerana pernah digunakan oleh kerajaan Pulau Pinang untuk membangunkan kawasan Batu Kawan yang kini dikenali Bandar Akira dengan pembangunan pada 2010.

Namun, hakikatnya di sebaliknya pembangunan tersebut, masyarakat Melayu di Pulau Pinang menjadi mangsa keadaan apabila hak dan tanah-tanah mereka diambil oleh kerajaan untuk dibangunkan menjadi tapak pembangunan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-