Tuesday, January 24, 2023

Nak bangun negara madani apa, lantik TPM ada kes mahkamah: Sanusi

agendaily.com
24/01/2023
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengkritik konsep negara madani diperkenalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Konsep negara madani yang diperkenalkan kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) dipertikai Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor apabila seorang Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang dilantik mempunyai kes mahkamah bertimbun dan sedang dibicarakan.

Menteri Besar Kedah itu mempersoalkan konsep negara madani yang dilancar Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat tidak selari apabila melantik seorang yang mempunyai kes mahkamah membabitkan penyelewengan dan pengubahan wang haram.

“Ketua kepala (Anwar) negara ini nak bangun negara madani , negara yang bertamadun… (tapi) lantik timbalan seorang yang mempunyai kes rasuah begitu banyak yang sedang meruntuhkan tamadun.

“Ni nak buat apa ni?” katanya semasa dalam satu ceramah di Kedah baru-baru ini.

Sanusi membidas kerajaan campuran dipimpin Anwar tidak serupa bikin dalam mentadbir kerajaan apabila tunduk kepada desakan politik untuk mengekalkan kuasa di Putrajaya.

“Hang cakap tak serupa bikin… Hang nak bina tamadun, syarah merata sana sini.

“Kelmarin depa duduk gelak naik kereta TPM tu ada pengiring empat lima orang… Ingat nak pergi pejabat, tapi pergi mahkamah rupanya,” katanya lagi.

Sanusi juga berkata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kini sedang berdepan puluhan pertuduhan dan sedang dibicarakan, tetapi disebabkan dilantik menjadi TPM menyebabkan menerima keistimewaan yang lebih tinggi daripada hakim di mahkamah.

“Peguam, pegawai mahkamah, polis semua tidak ada pengiring… tuan-tuan agak-agak dalam mahkamah tu siapa besar sekali?” ujarnya lagi.

Untuk rekod, Zahid dilantik sebagai TPM selepas menyokong Anwar sebagai PM Ke-10 dan membelakangi ketetapan partinya sendiri yang sebelum ini berpendirian ‘No Anwar, No Dap”.

Susulan itu, Anwar melantik Zahid yang dianggap anak muridnya sebagai TPM sebaik menjadi PM.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-