27/02/2023
Kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) tidak menunjukkan kesungguhan untuk melakukan satu perubahan reformasi yang menyerlah dalam merungkai setiap permasalahan rakyat, terutama dalam menangani kos sara hidup serta peluang pekerjaan.
Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin berkata kerajaan dan barisan Kabinet dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim Anwar sewajarnya merangka strategi segera dan menyusun semula apa yang perlu dilakukan dalam menangani permasalahan rakyat.
“Kita perlu merungkai setiap permasalahan dan juga kita perlu susun semula apa yang perlu kita beri penekanan.
“Rakyat di bawah terkesan dengan kos sara hidup yang meningkat dengan mendadak dan juga kita melihat peluang pekerjaan walaupun ketika ini kadar pengangguran dikatakan telah menurun tetapi rakyat tidak merasakannya.
“Jadi ada perlunya kita melakukan satu strategi formula yang ada supaya kita membantu dua perkara utama pertama, kos sara hidup meningkat dan peluang pekerjaan kepada generasi muda,” katanya lapor Awani berhubung 100 hari pentadbiran kerajaan Anwar.
Malah menurutnya, beliau juga tidak melihat kerajaan Malaysia Madani ini mempunyai pelan pembangunan yang konkrit sebagai hala tuju membangunkan semula negara.
Kata beliau, kerajaan perlu melihat cara dan penyampaian baharu untuk mendapat sumber pendapatan negara memandangkan rizab negara dipercayai hanya boleh bertahan dalam tempoh enam hingga tujuh bulan sahaja.
Cadang Willie, kerajaan boleh menggerakkan aktiviti pertanian secara besar-besaran selain sektor industri dengan membawa kepada teknologi baharu yang boleh dijadikan sumber pendapatan negara yang baharu.
“Kita tidak boleh bergantung kepada sumber pendapatan cukai mahupun minyak dan gas kerana kita dalam keadaan dinamik yang boleh berubah. Kita perlu bersedia melibat sumber pendapatan baharu buat Malaysia,” katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kudat (Bebas), Datuk Verdon Bahanda pula menggesa kerajaan PH-BN serta Kabinetnya memberi fokus yang lebih dalam membawa keluar Sabah daripada kepompong kemiskinan dan kemunduran.
“Perdana Menteri dan barisan Kabinetnya perlu melakukan anjakan paradigma bagi mengatasi masalah itu pada penggal ini.
“Harapan saya adalah supaya fokus-fokus itu lebih menjurus kepada keberhasilan di tempat-tempat tertentu. Misalnya di Kudat saya telah mengemukakan cadangan berkenaan dengan penubuhan Kudat Banggi Development Authority (KUBDA) yang mana ini akan merealisasikan impian kita untuk mendapatkan satu kawasan penggazetan Banggi sebagai Zon Bebas Cukai.
“Usaha-usaha sebegini perlu kita tingkatkan sebab dalam usaha mengubah nasib rakyat di Kudat daripada daerah mundur kepada daerah yang maju,” katanya.
Perdana Menteri dan barisan Kabinetnya perlu melakukan anjakan paradigma bagi mengatasi masalah rakyat.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.