28/02/2023
Pakatan Harapan (PH) mengakui kesukaran mereka untuk menarik sokongan akar umbi UMNO, walaupun kedua-dua parti akan bekerjasama menghadapi pilihan raya di enam negeri yang dijangkakan pada Julai depan.
Ini sekali gus akan menyukarkan calon PH yang terdiri daripada PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) sama ada untuk merampas Dewan Undangan Negeri (DUN) dimiliki Bersatu atau PAS, atau mempertahankan kerusi dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.
Untuk rekod, enam negeri – Kedah, Kelantan dan Terengganu yang kini ditadbir PN menerusi pimpinan PAS, serta Pulau Pinang (PH-DAP) dan Selangor serta Negeri Sembilan (PH-PKR) – tidak menyertai PRU-15 yang diadakan pada 19 November tahun lalu.
Hanya Perlis, Pahang dan Perak mengadakan pilihan raya serentak dengan PRU-15, dengan semua 15 DUN di Perlis disapu bersih oleh Perikatan Nasional (PN), kecuali N.08 Indera Kayangan dimenangi PH, manakala penyandang pentadbiran negeri – UMNO – kalah semua kerusi.
Di Perak, daripada 59 kawasan DUN, PN menang 26 kerusi diikuti PH (24 kerusi) dan Barisan Nasional (BN) sembilan, termasuk lapan daripada UMNO. Bagaimanapun, UMNO kemudian bekerjasama dengan PH membentuk kerajaan negeri.
Manakala di Pahang pula, PN menang 17 kerusi DUN, diikuti BN-UMNO (17 kerusi) dan PH (tujuh kerusi), termasuk enam dimenangi DAP. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Haji Wan Rosdy Wan Ismail, kemudian diangkat menjadi Menteri Besar setelah UMNO bekerjasama menubuhkan kerajaan negeri UMNO-DAP.
Mengulas kerjasama PH-BN, Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata melalui satu analisis yang dilakukan pihaknya mendapati adalah lebih mudah untuk penyokong PH beralih untuk mengundi calon BN.
Bagaimanapun, katanya data dan maklumat yang diperoleh juga menunjukkan adalah sukar untuk penyokong BN, khususnya UMNO, untuk beralih mengundi calon PH.
“Kalau kita andaikan berlaku perpindahan undi. Maknanya PH dengan BN berkawan sebagai kerajaan (peringkat Pusat)… di bawah berlaku tak dia kalih (tukar)? Dia kalih tak dengan sebab BN kawan dengan kita (PH), dengan sebab kita berkawan dengan BN.
“Yang itu dalam analisa kita ini pun kita boleh kesan benda itu. Bahawa lebih mudah penyokong PH beralih undi BN… payah (sukar) penyokong BN nak beralih undi bagi kat kita… itu data tunjuk lagu (macam) tu.
“Itu yang saya tanya Mahfuz (Pengerusi PH Kedah, Datuk Mahfuz Omar)… macam mana hubungan dengan UMNO… dia tak bagus. Penerimaan macam mana? Betul… ada lagilah (yang tak dapat terima).
“Ada lagi dia (Mahfuz) kata tak sepenuh hati (terima kerjasama). Tidak lagi sepenuh hati. Dia terkenang lagi apa kawan buat kat dia,” katanya dalam taklimat ketika Konvensyen PH Kedah di Sungai Petani, baru-baru ini.
Pada masa sama, Saifuddin Nasution berkata PH dan BN mempunyai satu kelebihan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak beberapa bulan lagi.
“Saya kata la ni kita cuma ada satu saja kelebihan. Iaitu kita jadi kerajaan di peringkat Pusat. Itu ialah modal kelebihan. Nak mula bagaimana kelebihan di peringkat Pusat boleh diperturunkan sampai kita jadi kuat dan ada peluang pada PRN,” katanya.
Saifuddin yang gagal mempertahankan kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu berkata berdasarkan model PRU-15, PH kalah di banyak saluran serta di kawasan kampung.
“Semua saluran pengundi muda kita kalah… semua pengundi awal, polis pun kita kalah, tentera pun kita kalah, PGA (Pasukan Gerakan Am) pun kita kalah, kakitangan awam pun kita kalah. Semua kalah di Kedah.
“Bila dah kalah, modal kita satu saja la ni iaitu di peringkat Pusat, kita ada kerajaan. Jadi kerajaan peringkat Pusat mesti kita rasa ada kelebihan,” katanya lagi.
Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberi taklimat kajian pada Konvensyen Pakatan Harapan Kedah 2023 yang diadakan di Sungai Petani, pada (25 Februari 2023).

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.