10/02/2023
Kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) perlu memecahkan monopoli orang Melayu dalam perkhidmatan awam, kata Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy.
Pemimpin DAP, Ramasamy itu berkata apabila kerajaan baharu mentadbir dan dipimpin Perdana Menteri baharu daripada Pakatan Harapan (PH), langkah segera perlu diambil bagi memastikan perkhidmatan awam tidak dikuasai sepenuhnya di tangan orang Melayu.
“Memandangkan kepelbagaian ekonomi mengenai pemilikan dan kawalan adalah tidak masuk akal untuk memastikan perkhidmatan awam kekal sepenuhnya di tangan orang Melayu.
“Dasar perkauman seperti itu tidak boleh dipertahankan lagi, bukan apabila kerajaan perpaduan berkuasa,” katanya dipetik dalam kenyataan di hantaran akaun Facebook miliknya.
Ramasamy menegaskan kerajaan baharu juga tidak boleh menggunakan hujah lama yang digunakan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung pelaksanaan dasar perkhidmatan awam untuk mengimbangi penguasaan ekonomi orang Cina.
“Hujah lama yang memihak kepada penguasaan Melayu dalam perkhidmatan awam bagi mengimbangi penguasaan ekonomi Cina tidak boleh lagi diguna pakai,” kata pemimpin DAP itu.
“Ini adalah antara hujah yang digunakan oleh bekas perdana menteri Mahathir Mohamad untuk menginstitusikan hegemoni Melayu dalam sektor awam khususnya perkhidmatan awam,” kata Ramasamy, sambil menambah terdapat “diskriminasi kaum secara rahsia” apabila ia berkaitan dengan prospek kenaikan pangkat bagi bukan Melayu dalam sektor awam.
Sambil menyifatkan Anwar sedar keperluan untuk memecahkan monopoli orang Melayu terhadap perkhidmatan awam, Ramasamy berkata beliau tidak bersetuju dengan alasan bahawa orang bukan Melayu menjauhkan diri daripada perkhidmatan awam kerana kekurangan prospek kenaikan pangkat.
Beliau berkata kerajaan sedia ada tidak boleh bersikap acuh tak acuh, sebaliknya perlu membatalkan segera dasar yang diperkenalkan Mahathir.
“Anwar dan Mahathir amat berlawanan dari segi ideologi, dan sudah tentu Anwar tidak boleh lupa bahawa usaha melawan kerakusan Mahathirisme antara lain bermula dengan mereformasikan perkhidmatan awam.
“Agenda reformis di bawah kerajaan perpaduan mungkin tenggelam, tetapi dengan Pakatan Harapan (PH) sebagai pengemudinya, ia tidak akan tersasar daripada apa yang dijanjikan kepada rakyat.”
Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang, P Ramasamy menggesa kerajaan baharu membuat reformasi dalam perkhidmatan awam.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.