Wednesday, March 22, 2023

Kelab malam mohon maaf

malaysiakini.com
Diterbitkan: Mar 22, 2023 6:22 PM
Privacy Club Tun Razak memohon maaf kepada orang ramai susulan kontroversi melibatkan acara pembukaannya yang dijadual minggu depan.

Kelab malam di Kuala Lumpur itu berkata mereka menghormati sensitiviti agama negara ini dan tidak akan melanggar undang-undang yang ditetapkan.

“Kami sekali lagi memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku dan atas dasar menghormati sensitiviti kaum dan agama, program tersebut telah dibatalkan,” katanya.

Acara yang menampilkan lelaki sasa berpakaian dalam wanita itu sepatutnya berlangsung pada 30 Mac depan, kira-kira seminggu kedatangan Ramadan.

Ia mengundang kemarahan awam dan parti-parti politik Melayu-Islam selepas dibangkitkan oleh PAS pagi ini.

Dalam kenyataan di media sosial petang ini, mereka juga berkata pemakluman acara mereka itu disebarkan tanpa persetujuan mereka.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-