Friday, March 24, 2023

Perjuangan asal UMNO sudah gugur: Tun M

ismaweb.net

Bimbang orang Melayu hilang kebebasan bersuara jika tidak dibenar bincang masalah kaum sendiri

BANGI, 2 Ramadan 1444H, Jumaat – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpandangan UMNO hari ini sudah gugur daripada perjuangan asal.

Malah, beliau menyifatkan parti itu sudah tidak wujud lagi dalam membela nasib dan hak orang Melayu.

“Parti itu juga sudah tiada ada lagi sebaliknya yang ada hanya bangkai yang diperalat untuk menyelamatkan pemimpin yang bergelumang dengan jenayah.


“Wahai ahli UMNO, sedarlah. UMNO sudah gugur perjuangan asalnya. Parti UMNO tidak ada lagi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Artikel berkaitan

Beliau berkata demikian sebagai mengulas ketetapan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berhubung kebimbangan parti itu mengenai sentimen permainan kaum dan agama yang terus menular.

Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu turut memetik Perlembagaan UMNO Parkara 3.3 yang menyentuh berkaitan ‘Membela Kepentingan Raja-Raja Melayu, Bangsa Melayu, Bumiputera, Anak Negeri Sabah dan Orang Asli… (termasuk) perkara dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

“Tetapi sekarang, orang Melayu yang merancang untuk melancarkan proklamasi mengenai masalah yang dihadapi oleh orang Melayu pun tidak dibenar.

“Proklamasi yang tidak sentuh kaum lain dianggap rasis,” luahnya kesal.

Beliau pada masa sama, bimbang orang Melayu akan hilang kebebasan bersuara sekiranya mereka tidak dibenarkan membincangkan masalah kaum sendiri dan ajaran Islam, tanpa menyentuh kaum lain.

“Apakah ini perjuangan UMNO. Apakah ini UMNO. Atau apakah UMNO sudah diperalat oleh pemimpin yang durjana, yang menjadi UMNO alat untuk kepentingan pemimpinnya.

“Jika orang Melayu tidak dibenar bincang masalah orang Melayu dan tidak boleh sentuh kaum lain, tidak pun boleh bincang akan ajaran agama Islam, maka akan terhapuslah kebebasan bersuara orang Melayu,” ujar beliau.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-