Sunday, April 30, 2023

BN tak akan pinggirkan mana-mana parti komponen

malaysiakini.com
Bernama
Diterbitkan: Apr 30, 2023 8:30 AM
Barisan Nasional (BN) tidak akan mengetepikan mana-mana parti komponennya dalam soal pembahagian kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Setiausaha Agung BN Zambry Abdul Kadir berkata sebarang perbincangan pembahagian kerusi adalah atas persetujuan bersama parti-parti komponen BN.

“Semangat BN tetap kekal, sebarang perundingan melibatkan kerusi akan dibincang bersama-sama.

“Dalam mesyuarat Dewan Tertinggi (BN) semalam (kelmarin) juga mengambil ketetapan ia akan dibincang baik dengan gabungan BN atau PH (Pakatan Harapan),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Ahli Parlimen Ipoh Timor Howard Lee dan Ahli Dewan Undangan Negeri Tebing Tinggi, Dr Aziz Bari, semalam.

Terdahulu media melaporkan Naib Presiden MCA yang juga Pengerusi MCA Pulau Pinang Tan Teik Cheng berkata perbincangan rundingan kerusi antara kedua-dua gabungan itu harus merangkumi semua parti komponen.

- Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-