Saturday, April 15, 2023

DAP 'liabiliti' bagi Umno untuk pikat semula undi Melayu - Nur Jazlan

malaysiakini.com
Diterbitkan: Apr 15, 2023 
Umno mengingatkan DAP bahawa parti itu juga menjadi liabiliti bagi rakan gabungannya itu dalam usaha memikat semula sokongan pengundi Melayu.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Nur Jazlan Mohamed dipetik Utusan Malaysia berkata pakatan dengan DAP akan menjadi cabaran kepada Umno untuk memenangi semula keyakinan orang Melayu, terutama dalam menghadapi pilihan raya negeri akan datang.

Nur Jazlan menjelaskan Umno sememangnya ikhlas dalam menjayakan "kerajaan perpaduan".

Disebabkan itu, Nur Jazlan berkata parti keramat Melayu itu tidak menyuarakan pendapat mereka mengenai perkara terbabit.
Abdul Aziz Bari ketika kempen PRU15.
"Tetapi, bila kita diam, DAP pula yang keluarkan ke­nyataan sebegini," kata Nur Jazlan.

Pemimpin kanan Umno itu merujuk kenyataan Na­ib Pengerusi DAP Perak, Aziz Bari berhubung peranan Umno menarik sokongan orang Melayu masih tidak jelas memandangkan peranan tersebut kini dimainkan oleh Perikatan Nasional (PN).

Menurut Aziz, berdasarkan rekod pilihan raya umum (PRU) ke 15 lalu pada peringkat awalnya undi PN dijangka meleset namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Malah kata Aziz lagi, Umno dilihat hanya menum­pang kekuatan Pakatan Harapan (PH) kerana kelangsungan parti itu semakin pudar.
Mengulas lanjut komen Aziz itu, Nur Jazlan berkata DAP sepatutnya perlu menghargai usaha Umno dalam membolehkan kerajaan perpaduan dibentuk.

“Untuk keadaan sekarang pun, kita susah nak tarik so­kongan Melayu kembali kepada Umno disebabkan DAP sendiri, kerana ramai orang Melayu yang tidak percayakan parti itu.

“Strategi DAP meletakkan orang Melayu sebagai pemim­pin parti itu tidak lagi berjaya, jadi mereka perlu juga hargai Umno," kata Nur Jazlan lagi.

Semalam, Aziz (gambar, bawah) dilapor sebagai berkata Umno kini sedang berusaha meneruskan kelangsungan parti itu dan hanya menumpang PH untuk mendapatkan jawatan sahaja bagi membolehkan parti itu terus bergerak.
“Tetapi untuk PRN, peranan Umno masih belum nampak kerana sokongan Melayu kita lihat banyak pergi kepada PN, bukan Umno. Dan pengundi bukan Melayu pula khususnya semua bimbang dengan tindakan ekstrem PN itu.

"Tetapi hikmahnya undi bukan Melayu ‘solid’ kepada PH, jadi peranan Umno itu yang masih kita tidak nampak setakat ini,” katanya seperti dipetik Utusan Malaysia.

Bagaimanapun, Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Saleh dilapor menegaskan bacaan politik pada PRN nanti tidak boleh mengambil kira rekod PRU15 lalu.

Ini kerana jelasnya, politik sekarang sentiasa berubah, sekali gus dia optimis Umno mampu menarik kembali sokongan orang Melayu dan peroleh kemenangan pa­da PRN kali ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-