16/04/2023
Veteran DAP, Lim Kit Siang sekali lagi – dua hari berturut-turut – mengkritik rakan baharu mereka, UMNO, yang kali ini dikatakannya telah hilang sokongan orang Melayu.
Menulis dalam blognya hari ini (16 April 2023), bekas Pengerusi DAP Kebangsaan itu berkata UMNO kehilangan sokongan Melayu dan bukan Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 2018.
Katanya, sokongan Melayu kepada UMNO runtuh pada PRU-15 tahun lalu, ketinggalan di belakang Perikatan Nasional (PN) yang dianggotai Bersatu dan PAS.
“Ada pihak yang percaya bahawa cara untuk UMNO mendapatkan semula sokongan pilihan raya dahulu ialah dengan (Datuk Seri) Najib Razak mendapat pengampunan.
“Saya tidak bersetuju, kerana jika tidak, pengajaran UMNO pada PRU-14 dan PRU-15 tidak akan berlaku,” katanya.
Semalam, Kit Siang berkata beliau tidak melihat UMNO akan menjadi lebih kuat selepas ini jika sekalipun Najib dibebaskan dengan diberikan pengampunan.
Katanya ia sesuatu yang silap sekiranya mempercayai UMNO akan menjadi lebih kuat jika Najib diberikan pengampunan dan kerajaan pula menyokong langkah untuk membebaskan bekas Perdana Menteri itu.
“Saya fikir menjadi satu kesilapan untuk percaya bahawa UMNO hanya boleh kembali ke zaman kegemilangannya jika Najib diampunkan.
“Sebaliknya, saya percaya pengampunan Najib sekarang tidak akan menguntungkan UMNO sama sekali sebaliknya hanya akan menguntungkan PAS dan Bersatu, selain menyebabkan keruntuhan kerajaan perpaduan Anwar,” katanya.
Mengulas lanjut hari ini, Kit Siang berkata beliau percaya satu-satunya cara untuk memulihkan UMNO sebagai parti politik yang terkemuka ialah memainkan peranan utama dalam menetapkan semula dan mengembalikan Malaysia kepada prinsip dan dasar pembinaan asal sebuah negara majmuk.
“Ini termasuk mengetuai usaha memerangi rasuah di Malaysia dan memulihkan kebebasan kehakiman.
“Sejarah akan memberitahu sama ada UMNO, selepas dua keputusan buruk dalam pilihan raya lalu boleh memainkan peranan ini dan sama ada masa depan Malaysia akan menjadi contoh kepada dunia sebagai sebuah negara majmuk yang berjaya atau berpecah, gagal, dan menjadi kleptokrasi,” katanya.
Veteran DAP, Lim Kit Siang terus mengkritik sekutu baharu gabungan Pakatan Harapan, UMNO yang kehilangan sokongan Melayu.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.