Ainul Illia
'Malaslah', reaksi Pengerusi PH pada dakwaan Tun M
“Malaslah,” jawabnya seperti dilapor akhbar tempatan.
Beliau memberi jawapan ringkas itu pada sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Kesihatan, hari ini.
Baru-baru ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa Ahli Parlimen Tambun itu membantu rakyat menggunakan wang sendiri.
Dr Mahathir turut mencabar Anwar mendedahkan kekayaannya yang diperolehi semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Pada Sabtu, Anwar berkata, beliau tidak mempunyai masalah untuk mendedahkan kekayaan semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri antara 1993 dan 1998.
Anwar, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan, menegaskan beliau telah mengisytiharkan hartanya untuk membuktikan ketelusan kepada rakyat.
Hari ini, Dr Mahathir dalam catatan di Facebook berkata, Anwar tidak mengisytiharkan pendapatan atau asetnya, berdasarkan pengisytiharan aset Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 24 November 2018.
Dr Mahathir berkata, beliau telah mengisytiharkan asetnya pada RM32.35 juta, yang merangkumi tiga rumah dan aset lain.
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.