K. Parkaran
28 May 2023
Dengan tambahan 1.3 juta pengundi baharu dan berdasarkan trend pengundian PRU15, tidak mustahil undi beralih kepada PN, menurut Ibrahim Suffian daripada Merdeka Center.
PETALING JAYA: Jika mengikut gabungan undi yang diperoleh Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dalam PRN Selangor pada 2018, kerajaan perpaduan mungkin tidak berdepan banyak masalah pada PRN akan datang.
Daripada dua juta orang yang dianggarkan akan mengundi, parti PH semasa memperoleh 58% undi (DAP 25%, PKR 24% dan Amanah 9%), manakala 21% lagi diperoleh BN (Umno 16%, MCA 4% dan MIC 1 %).
Sebaliknya, 14% mengundi PAS, yang bertanding sendiri.
Sementara itu, Bersatu – anggota PH pada 2018 – hanya memperoleh 6%, sekali gus memberi Perikatan Nasional (PN) sejumlah 20% undi. Baki 1% lagi mengundi calon lain.
Bagaimanapun, penganalisis politik Ibrahim Suffian daripada Merdeka Centre berkata, anggota kerajaan perpaduan perlu berhati-hati memandangkan trend PRU15 menunjukkan perubahan akan berlaku pada PRN akan datang.
Katanya, bilangan pengundi di Selangor telah meningkat lebih 55%, daripada 2.42 juta pada 2018 kepada 3.75 juta dalam daftar terkini, berikutan pendaftaran pengundi automatik dan Undi18, dan ini berpotensi membuka peluang untuk mana-mana parti mendahului undian.
Menurut Ibrahim, PRN sering dipengaruhi oleh isu setempat, sekali gus menambah dimensi kepada PRU tahun lepas.
Dalam konteks Selangor, Ibrahim berkata, terdapat perbezaan yang ketara antara persekutuan dan negeri dalam soal keutamaan parti.
“Pada PRU15, jelas bahawa kebanyakan pengundi memilih mengikut parti. Bagaimanapun, segelintir pengundi Melayu muda dan wanita mempertimbangkan personaliti dan isu apabila mengundi,” katanya kepada FMT.
PH mempunyai kuasa penyandang yang didukung oleh pemerintahan tiga penggal yang cukup berjaya di Selangor.
Bagaimanapun, Ibrahim berkata, penyertaan Umno dalam gabungan itu kini mengubah dinamik tempatan, apatah lagi dalam kalangan penyokong PH yang mungkin sukar menerima pakatan dengan pesaing lama itu.
“Justeru, pemindahan undi penyokong BN kepada calon PH dan sebaliknya mungkin menjadi satu cabaran,” katanya.
“Penyokong Umno boleh memilih untuk tidak keluar mengundi, atau menyokong calon PN kerana tidak berpuas hati dengan pemimpin mereka sendiri.”
Ibrahim berkata, faktor lain dijangka memainkan peranan penting ialah persepsi masyarakat terhadap kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim.
“Walaupun tinjauan oleh Merdeka Centre pada Februari menunjukkan 68% menyokong kepimpinan Anwar, dan negara secara amnya bergerak mengikut hala tuju yang tepat, sentimen ini boleh berubah dalam tempoh beberapa bulan akan datang.
“Kami perhatikan pengundi muda Melayu semakin mesra Anwar dan PH.
“Mereka mungkin berwaspada dengan tumpuan PN terhadap kaum dan agama, dan kekurangan cadangan yang nyata tentang cara menambah baik isu kos sara hidup.
“Bagaimanapun, (sentimen) ini mungkin tidak kekal. Jadi, PH perlu bekerja lebih keras untuk menunjukkan bahawa keputusannya bekerjasama dengan Umno-BN adalah untuk jangka masa panjang, walaupun diketahui bahawa segelintir pemimpin BN tidak selesa dengan aturan itu,” katanya.
Ibrahim berkata, Umno juga berdepan tugas berat, berikutan prestasi hambarnya pada PRU15.

Ibrahim Suffian daripada Merdeka Centre berpendapat wujud risiko pengundi Melayu di Selangor memilih PN, berbanding Umno-BN, pada PRN akan datang. (Gambar merdeka.org)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.