Oleh Prof Madya Dr Khairunneezam Mohd Noor
bhforum@bh.com.my
Mei 19, 2023 @ 8:30am
SEORANG wanita yang bergelar ibu perlu sentiasa ditabalkan sebagai insan yang paling dikasihi tanpa perlu ada hari khusus untuk berbuat demikian.
Penghargaan itu adalah kerana kasih sayang dan jasa seorang ibu bukan calang-calang tahapnya. Ibu ialah insan yang mempertaruhkan nyawanya sendiri ketika hamil dan melahirkan anak ke dunia.
Ketika anak masih merah, ibulah yang menyediakan segala keperluan, memberikan susu dan menyuapkan makan. Malah, ibu setia mendodoikan anak hingga terlelap dan berada di belakang si anak sejak langkah pertama belajar berjalan.
Tugas itu tidak habis di situ. Ketika anak menginjak remaja, ibu masih di sisi menjadi guru, tukang sorak, kaunselor juga tempat kita mengadu dan bermanja. Ibu adalah penghibur dan pengubat kesedihan dan nestapa. Malah hingga si anak menua, jika ibu masih panjang usianya, dia akan sentiasa di sisi menemani sepanjang perjalanan.
Jadi bagaimanakah tidak seorang ibu perlu disanjungi? Sebagai anak, kita bertanggungjawab meraikan dan memuliakan ibu sepanjang hayat.
Dalam Islam, martabat seorang ibu sangat dimuliakan sebagaimana Allah SWT menyebut menerusi firman-Nya dalam Surah Luqman ayat 14 yang bermaksud; 'Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya sudah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dari awal mengandung hingga akhir menyusunya dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; dengan yang demikian bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu dan ingatlah, kepada Akulah juga tempat kembali untuk menerima balasan.'
Jadi sebarang tindak-tanduk atau percakapan yang boleh menghiris hati ibu perlulah dielakkan apa lagi bersikap kurang ajar kepadanya. Bukankah kisah Si Tanggang sudah mengajar kita sejak zaman berzaman bagaimanakah balasan anak derhaka.
Pada peringkat antarabangsa, masyarakat turut memuliakan ibu dengan adanya hari khusus, iaitu setiap Ahad kedua bulan Mei saban tahun. Namun, sebenarnya meraikan seorang ibu hendaklah dibuat setiap masa semampunya. Ia bukan hanya terletak pada amalan memberi hadiah atau mengadakan keraian berbentuk material sebaliknya, ia juga adalah menerusi sikap yang baik dan kasih sayang berpanjangan.
Hargai pengorbanan ibu
Seorang ibu perlu dihargai tanpa mengira sudut material, fizikal atau emosi. Mematuhi nasihat dan kata-katanya selagi tidak melanggar syariat Islam juga adalah penghargaan yang tinggi.
Pada masa sama, kita juga sebagai anak berperanan menegur ibu jika mereka membuat kesilapan yang mungkin boleh mendorongnya tersasar daripada batasan syariat Islam atau norma budaya masyarakat. Teguran itu bagaimanapun buatlah dengan berhemah dan bijaksana supaya tiada hati yang terguris.
Bagi anak yang menetap jauh daripada ibu, luangkanlah masa jenguk mereka dan bertanya khabar. Jarak bukan alasan terbaik untuk mengabaikan mereka. Selalulah berkomunikasi menerusi pelbagai medium teknologi semasa yang tersedia. Apatah lagi jika ibu sudah lanjut usia, kesihatan dan kebajikannya jangan diabaikan.
Jika ibu sudah dijemput illahi, penghormatan dan usaha meraikan mereka tidak seharusnya terhenti bersama nafas terakhirnya. Walaupun ibu kita sudah meninggal dunia dan tidak lagi berada di hadapan mata, sebagai anak teruslah mendoakan kesejahteraan roh mereka supaya sentiasa dalam rahmat Allah SWT dan diletakkan dalam golongan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Cuba kita sama-sama menghayati akan rangkap-rangkap terakhir dalam sebuah puisi bertajuk 'Ke Makam Bonda' tulisan Sasterawan Negara Usman Awang; 'Begitulah bakti kami berikan, tiada sama bonda melahirkan, kasih bonda tiada sempadan, kemuncak murni kemuliaan insan'.
Jelaslah bait-bait puisi ini mengajak kita mengakui bahawa sesungguhnya kasih sayang diberikan oleh orang lain tidak akan dapat menandingi apa yang dicurahkan oleh seorang insan bernama ibu.

Penulis adalah Pensyarah Kanan, Program Dakwah dan Pengurusan Islam, Universiti Sains Islam Malaysia
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.