04.06.2023
Pembohongan dan penafian dibuat telah memperkecilkan mereka
Naib Presiden BERSATU, Dr Mohd Radzi Jidin berkata, dahulu Presiden Umno tegas menyatakan ‘No Anwar, No DAP’ tetapi akhirnya kedua-dua tersebut dapat ‘tawan’ Dewan Merdeka milik Umno.
Malah, arahan pemimpin Umno supaya ahli-ahlinya mengundi DAP pada pilihan raya nanti bersama alasan tidak memangkah lambang roket juga ternyata telah memperolok-olokkan akar umbi parti itu.
Menurut beliau, pasca-PRU15 bukan sahaja ahli-ahli Umno merasakan seperti ‘melukut di tepi gantang’ disebabkan perbuatan pemimpin mereka, malah penyokong Pakatan Harapan (PH) juga tidak dapat menerima pembohongan yang berlaku.
Bahkan ujarnya, ahli-ahli Umno terasa kerana sebelum ini parti itu teruk dikecam oleh para pemimpin dan penyokong PH hingga dicipta lagu siulan, tetapi kini Umno diheret menerima dengan DAP dan PH.
Kupasnya, enam bulan pemerintahan kerajaan sekarang begitu ketara segala janji-janji dan segala formula pernah dinyatakan dahulu langsung tidak ditunai atau dilaksanakan, sebaliknya kini asyik ‘bersembang’ yang sukar dipercayai.
Kerana itu peringat beliau, pembohongan yang dilakukan ahli-ahli politik mesti dipandang berat oleh rakyat dengan tidak menaik atau memilih mereka sebagai pemimpin mahupun dijadikan kawan.
“Enam bulan ini, ekonomi yang kencang atau sembangnya yang kencang?” ujarnya menyindir kadar pertukaran matawang Ringgit hampir kepada ‘harga Rahmah’ RM5 berbanding Dolar Amerika Syarikat.
Beliau selaku juga Ahli Parlimen Putrajaya berucap demikian pada Himpunan PN BEST Peringkat Pulau Pinang yang juga Pelancaran Jentera Pilihan Raya PERIKATAN NASIONAL (PN) di Kubang Semang, di sini malam tadi.
Namun katanya, apabila Ringgit jatuh, kos sara hidup meningkat, harga barang semakin mahal dan inflasi tinggi, Perdana Menteri masih bersikap dengan penafian menyatakan bukan salah dirinya dan semua masih terkawal.
Malah bidas beliau, dalam konteks isu negeri, mereka sebelum ini menentang projek Tambakan Selatan Pulau Pinang (PSR), namun kini berdiam tanpa mempertikaikannya seperti dahulu.
Dr Radzi turut mengupas perbandingan enam bulan awal semasa pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang ketika itu berdepan situasi pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Namun dalam cabaran tersebut katanya, kerajaan ketika itu mengadakan pelbagai pakej rangsangan ekonomi untuk membantu rakyat, malah banyak pelaburan masuk ketika ini adalah hasil usaha dilakukan pentadbiran ketika itu.

PERMATANG PAUH: Ahli-ahli Umno kini sedang menunggu masa untuk mengajar pembohongan dan penafian dibuat oleh para pemimpin parti itu yang jelas memperkecil-kecilkan mereka.

– HARAKAHDAILY
4/6/2023
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.